Oleh Siti Radziah Hamzah KUALA LUMPUR, 7 DIS: Tahun ini industri minyak dan gas diselubungi dengan kebimbangan dan kegusaran hingga menyebabkan harga jatuh menjunam ekoran lebihan bekalan di seluruh dunia dan penurunan permintaan yang disebabkan oleh penularan pandemik Covid-19 yang hampir...
SUNGAI BULOH, 7 DIS: Seramai 50 keluarga sekitar Paya Jaras meluahkan kegembiraan apabila terpilih menerima bantuan menerusi program Rakan Muda Prihatin "We Care" semalam.
KUALA LUMPUR, 4 DIS: Semua negara harus bersatu untuk memerangi maklumat salah berkaitan vaksin Covid-19 dan propaganda anti-vaksinasi ketika dunia sedang menyediakan rancangan vaksinasi kebangsaan untuk membendung pandemik itu, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
SHAH ALAM, 4 DIS: Sebanyak 5,143 jawatan menanti pencari kerja sempena penutup siri Jelajah Selangor Bekerja 2020 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak SUK, Seksyen 6 di sini pada 5 dan 6 Disember.
TOKYO, 4 DIS: Jepun tetap komited untuk menganjurkan temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2021, kata Perdana Menteri Yoshihide Suga ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat.
SHAH ALAM, 4 DIS: Kempen beli-belah dalam talian, e-Bazar Selangor 11.11 Jualan Mega yang tamat pada 26 November lalu dilanjutkan sehingga 15 Disember ini.
SHAH ALAM, 4 DIS: Syarikat Black Dots Marketing Sdn Bhd merangkul tempat pertama Malaysia Top E-Commerce Merchant Award 2020 semalam.
SHAH ALAM, 4 DIS: Sebanyak RM6.5 juta sumbangan diterima Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) bagi pembinaan kompleks anak yatim setakat Oktober.
SINGAPURA, 4 DIS: Kementerian Tenaga Kerja Singapura (MOM) semalam menafikan dakwaan terdapat lebih 100 rakyat Malaysia yang merupakan pemegang pas kerja di Singapura, kini merempat kerana tidak mampu untuk menyewa bilik mahupun katil.
SHAH ALAM, 4 DIS: Kempen beli-belah dalam talian, e-Bazar Selangor 11.11 Jualan Mega merekod hasil jualan sebanyak RM30 juta, kata EXCO pelaburan.
PUTRAJAYA, 4 DIS: Cadangan membenarkan syarikat besar membiayai kos penghantaran pulang pendatang tanpa izin yang berada di depot tahanan imigresen (DTI) akan dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.
IPOH, 3 DIS: Polis tidak menolak kemungkinan pengawasan dan kawalan ketat di sempadan Malaysia-Thailand di Perlis dan Kedah, membuatkan sindiket penyeludupan beralih arah ke sempadan Pengkalan Hulu, Perak dan Betong di Wilayah Yala selatan Thailand.
SHAH ALAM, 3 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meraih pengiktirafan menerusi empat kategori sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2020.
SHAH ALAM, 3 DIS: Seramai lapan daripada 541 individu yang menjalani Saringan Komuniti Bersasar di Meru, Klang semalam dikesan positif Covid-19.
KUALA LUMPUR, 3 DIS: Penginapan yang disediakan kepada 1.4 juta atau 91.1 peratus pekerja asing di negara ini, tidak mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 atau Akta 446.
SHAH ALAM, 3 DIS: Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menutup kilang melebur kuprum di Kampung Batu Rasa, Hulu Selangor pada 27 November lalu.
WASHINGTON, 3 DIS: Penutupan sekolah disebabkan Covid-19 berisiko menyebabkan 72 juta lagi murid sekolah berdepan ancaman 'kemiskinan pembelajaran' - bermakna mereka tidak boleh membaca dan memahami teks yang mudah pada usia 10 tahun, kata Bank Dunia pada Rabu.
KLANG, 3 DIS: Penduduk Meru dinasihatkan tidak panik jika terdapat peningkatan kes Covid-19 melalui Saringan Komuniti yang diadakan semalam.
SHAH ALAM, 3 DIS: Biasiswa sebanyak RM700 sehingga RM1,000 ditawarkan kepada 420 anak Selangor cemerlang yang bakal memasuki tingkatan satu tahun depan, kata Dato' Menteri Besar.
KLANG, 3 DIS: Klinik Selcare akan meningkatkan penggunaan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) bagi Program Saringan Covid-19 Bersasar Komuniti pada masa akan datang.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.