KUALA LUMPUR, 31 JAN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan pihaknya mengeluarkan surat kebenaran pengedaran vaksin seperti artikel bertajuk 'Mestron edar vaksin Covid-19 dari China' bertarikh 29 Jan lepas.
SHAH ALAM, 31 JAN: Petaling merekodkan jangkitan Covid-19 melebihi 1,000 kes tiga hari berturut-turut dengan catatan 1,021 kes hari ini.
SHAH ALAM, 31 JAN: Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia untuk membangunkan industri pembekalan makanan ternakan tempatan.
KOTA BHARU, 31 JAN: Kepatuhan semua rakyat terhadap tatacara operasi piawai (SOP) adalah kunci utama dalam membendung penularan Covid-19 di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
SHAH ALAM, 31 JAN: Peningkatan mendadak kes Covid-19 melebihi 5,000 sejak tiga hari lalu disebabkan kelewatan kes dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) termasuk jangkitan tahun lalu.
PETALING JAYA, 31 JAN: Penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 resah kerana terpaksa 'hidup' dalam sampah berikutan ketiadaan kontraktor penyelenggaraan sejak awal bulan ini.
SHAH ALAM, 31 JAN: Selangor mencatatkan penurunan jangkitan Covid-19 hari ini dengan 2,460 kes dan satu daripadanya merupakan jangkitan import, kata ketua pengarah kesihatan.
MELAKA, 31 JAN: Kerajaan meluluskan pengambilan 208 pegawai pelindung kanak-kanak dan 169 pegawai akhlak yang akan berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam usaha menangani pelbagai masalah membabitkan kumpulan tersebut.
SHAH ALAM, 31 JAN: Jangkitan Covid-19 kekal melebihi 5,000 kes tiga hari berturut-turut apabila merekodkan 5,298 kes hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.
KOTA BHARU, 31 JAN: Draf pindaan terhadap Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
SHAH ALAM, 31 JAN: Kerajaan Negeri akan meneliti semula lokasi Pasar Agro Selangor terutama yang beroperasi di tapak sama atau berhampiran pasar tani.
KOTA KINABALU, 31 JAN: Penduduk di sekitar daerah Sipitang dan Beaufort di Sabah serta Labuan panik seketika apabila digemparkan dengan bunyi letupan dan gegaran kira-kira 11 pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 30 JAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpendapat sudah tiba masanya nilai kompaun kerana ingkar dan melanggar tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dinaikkan susulan peningkatan ketara kes Covid-19 di negara ini.
SHAH ALAM, 30 JAN: Wanita digesa memanfaatkan platform media sosial untuk menjana pendapatan, kata EXCO pembangunan usahawan.
SHAH ALAM, 30 JAN: Sebanyak empat kematian berpunca jangkitan Covid-19 dicatatkan di Selangor hari ini menurun berbanding sembilan semalam, kata ketua pengarah kesihatan.
KUALA LUMPUR, 30 JAN: Seramai 251,101 pekerja warga asing menjalani ujian saringan Covid-19 sejak 1 Dis lalu hingga semalam dengan 4,735 orang didapati positif jangkitan virus itu, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
SUNGAI PETANI, 30 JAN: Seramai 62 sukarelawan menjadi kumpulan pertama di negara ini yang menerima suntikan bagi Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin Covid-19 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) hari ini.
PASIR MAS, 30 JAN: Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat yang ditubuhkan pada 16 Jan lepas memulakan lawatan ke negeri-negeri hari ini dengan Kelantan menjadi lokasi pertama.
SHAH ALAM, 30 JAN: Petaling kekal menjadi daerah tertinggi kes harian Covid-19 tiga hari berturut-turut dengan catatan 1,654 kes.
SHAH ALAM, 30 JAN: Jangkitan Covid-19 semakin meningkat hari ini dengan 5,728 kes berbanding 5,725 semalam dan Selangor mencatat 3,285 kes berbanding 3,126 semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.