SHAH ALAM, 6 APRIL: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menggerakkan 29 lori tangki air ke kawasan terjejas susulan kerja penggantian injap pada jajaran paip air mentah di Empangan Klang Gates.
SHAH ALAM, 6 APRIL: Kerajaan Selangor giat memperkasakan lagi kempen kesedaran mengenai bahaya penggunaan beg plastik melalui program ceramah dan wacana.
KOTA BHARU, 5 APRIL: Polis mengedarkan gambar ahli kumpulan 'Geng Nicky' kepada petugas di sepanjang pos kawalan sempadan negara bagi memastikan ahli kumpulan jenayah terancang itu tidak melarikan diri atau cuba memboloskan diri ke negara jiran.
MELAKA, 5 APRIL: Tindakan saman akan dikenakan terhadap individu yang dikesan cuba merentas negeri untuk balik ke kampung bagi menyambut hari pertama Ramadan, kata Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim.
KUALA LUMPUR, 5 APRIL: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang mempertimbang untuk menambah kuota perjawatan baharu melibatkan doktor ketenteraan.
SHAH ALAM, 5 APRIL: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan perubahan nombor telefon di tiga Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak.
SHAH ALAM, 5 APRIL: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan menjalankan proses gantian injap jajaran air paip mentah dari Empangan Klang Gates selama tiga hari mulai esok.
SHAH ALAM, 5 APRIL: Fobia jarum dan ragu keberkesanan vaksin antara punca sebilangan warga emas enggan berdaftar dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
SHAH ALAM, 5 APRIL: Sebanyak 10,000 beg guna semula (Bagus) diedarkan ke seluruh Selangor dalam usaha mengurangkan penggunaan beg plastik, kata EXCO pengguna.
KUALA LUMPUR, 3 APRIL: Selepas edisi 2020 dibatalkan susulan pandemik Covid-19, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kembali mempertandingkan kejohanan Piala Presiden dan Piala Belia bermula Jun ini dengan penglibatan keseluruhan 39 pasukan.
BESTARI JAYA, 3 APRIL: Universiti Selangor (Unisel) mempunyai beberapa tasik semula jadi yang berpotensi dimajukan sebagai lokasi penternakan ikan air tawar untuk tujuan komersial.
KUANTAN, 3 APRIL: Kira-kira 20,000 warga veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih belum berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
KUCHING, 3 APRIL: Kerajaan tidak mahu tergesa-gesa untuk kembali mengeksport telur ayam ke Singapura sebelum memastikan produk itu betul-betul selamat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
SHAH ALAM, 3 APRIL: Kerajaan Selangor akan memuktamadkan jenis vaksin Covid-19 yang dibeli daripada kerajaan persekutuan untuk kegunaan negeri pada awal Mei ini.
KUALA LUMPUR, 3 APRIL: Sebanyak 1,638 kes baharu Covid-19 dan tiga kematian direkodkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
SHAH ALAM, 3 MAC: Jangkitan baharu Covid-19 di Selangor sedikit turun hari ini dengan catatan 352 kes berbanding 455 semalam.
MORIB, 3 APRIL: Rata-rata penerima bantuan makanan segar daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Morib, Hasnul Baharuddin menzahirkan rasa kesyukuran.
BESTARI JAYA, 3 APRIL: Kerajaan Selangor memajukan beberapa perairan negeri ini untuk dijadikan taman ikan sekali gus berpotensi sebagai tarikan agro pelancongan.
SHAH ALAM, 3 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini menjelaskan video memaparkan penguat kuasanya diganggu orang awam yang tular di media sosial adalah video lama.
SHAH ALAM, 3 APRIL: Penutupan laluan utama ke Kondominium Puncak Banyan, Alam Damai bersifat sementara sehingga kerja pengalihan kren gantri projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) selesai.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.