KUALA LUMPUR, 13 JUN: Tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang tidak diluluskan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun ini, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
KOTA BHARU, 13 JUN: Bekas atlet bola keranjang kebangsaan, Wee Cheong Phor tetap bersemangat untuk menerima suntikan vaksin Covid-19, walaupun terpaksa diusung anggota bomba ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kerana keuzurannya.
KUALA LUMPUR, 13 JUN: Seorang perunding sumber manusia serantau mendedahkan sisi negatif daripada bekerja dari rumah (BDR) mula kelihatan dengan rasa tidak puas hati yang semakin meningkat, penyalahgunaan maya dan keseimbangan kerja-kehidupan yang mula terjejas.
SHAH ALAM, 13 JUN: Saringan Komuniti fasa tiga anjuran Kerajaan Selangor melibatkan kawasan mencatatkan kes Covid-19 tinggi dijangka bermula 19 Jun ini.
SHAH ALAM, 13 JUN: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian membabitkan dua pasangan tertukar bayi di sebuah hospital swasta semalam.
SHAH ALAM, 12 JUN: Terkena sawan merupakan salah satu daripada sembilan tanda menunjukkan kanak-kanak dijangkiti Covid-19 berbanding orang dewasa.
Oleh Nurul Syazwani Aziz KANGAR, 12 JUN: Golongan berisiko tinggi terutama pesakit kronik yang bakal menerima vaksin dinasihatkan melakukan beberapa persediaan seperti memastikan mereka dalam keadaan sihat selain perlu tahu nama ubat yang diambil atau membawa ubat tersebut ke Pusat Pemberian...
SHAH ALAM, 12 JUN: Kes baharu Covid-19 menurun lebih 1,000 kes hari ini dengan mencatat 5,793 kes berbanding 6,849 kes semalam.
JOHOR BAHRU, 12 JUN: Modul ‘belajar sendiri’ yang dibuat seorang guru subjek Sains bagi membantu pelajar yang tidak berupaya mengikuti sesi dalam talian Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), membuahkan hasil apabila 22 daripada 29 pelajarnya meraih gred ‘A’ untuk subjek itu.
SHAH ALAM, 12 JUN: Penyediaan tanah dan modal pusingan dalam projek perintis Kerajaan Negeri di bawah program jaminan bekalan makanan Pakej Kita Selangor 2.0 dapat menarik golongan muda menjadi usahawan tani.
KUALA LUMPUR, 12 JUN: Seramai 93 pelajar Orang Asli memperoleh keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang diumumkan baru-baru ini dengan dua daripadanya, berjaya meraih keputusan 9A.
SHAH ALAM, 12 JUN: Bantuan kepada penggiat pelancongan membuktikan Kerajaan Selangor memandang serius kekangan dihadapi pemain industri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
SHAH ALAM, 12 JUN: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan skala gred SPM yang tular di media sosial ketika ini milik Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
KUALA LUMPUR, 12 JUN: Satu lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega (berkapasiti besar) di Lembah Klang iaitu Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) di Seri Kembangan akan mula beroperasi Isnin ini.
SHAH ALAM, 12 JUN: Pusat Pembangunan Kemahiran dan Teknikal Selangor (STDC) menawarkan peluang pengajian dalam pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) kepada individu berusia 18 tahun ke atas.
KUALA LUMPUR, 12 JUN: Skuad Harimau Malaya terpaksa menempuh laluan kelayakan yang lebih panjang ke Piala Asia 2023 apabila tewas tipis 1-2 kepada Vietnam di Stadium Al Maktoum, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), awal pagi ini.
KUALA LUMPUR, 12 JUN: Polis menahan enam lelaki warga tempatan berhubung insiden seorang pelanggan dipukul sekumpulan penghantar makanan di kawasan Sungai Way, Petaling Jaya semalam.
SHAH ALAM, 9 JUN: Program pemberian vaksin terhadap warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) terutama di kawasan luar bandar bermula hari ini.
KUANTAN, 9 JUN: Enggan terpengaruh dengan maklumat palsu mengenai suntikan vaksin Covid-19, seorang warga emas bertindak memadam mesej dan menyekat nombor telefon individu yang menghantar maklumat itu kepadanya menerusi aplikasi WhatsApp.
SHAH ALAM, 9 JUN: Dato' Menteri Besar menyeru semua pimpinan pembangkang dan kerajaan mengetepikan isu politik sebaliknya fokus kepada penyelesaian pandemik Covid-19.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.