SHAH ALAM, 29 JUN: Gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi tidak sabar beraksi buat pertama kali dalam temasya Olimpik, Julai depan di sebalik kebimbangan peningkatan kes Covid-19.
KUALA LUMPUR, 29 JUN: Tempoh kelulusan pergerakan secara "one-off" yang diberikan kepada pekerja sendiri yang tamat semalam, dilanjutkan hingga 7 Julai ini, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.
KUALA LANGAT, 29 JUN: Operasi pemadaman kebakaran kawasan menempatkan sisa tayar kitar semula di atas jeti persendirian di Jalan Bandar Lama, Telok Panglima Garang di sini dijangka tamat esok.
PUTRAJAYA, 29 JUN: Bank tidak akan mengenakan faedah terkompaun dan caj penalti lewat bayaran bagi moratorium enam bulan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
KUALA LANGAT, 29 JUN: Struktur binaan haram di 14 lot di atas jeti persendirian Jalan Bandar Lama, Telok Panglima Garang di sini akan dirobohkan dalam masa terdekat.
SHAH ALAM, 29 JUN: Individu terjejas Covid-19 dan bercadang memulakan perniagaan kecil-kecilan digalakkan memohon lesen sementara dari pihak berkuasa tempatan (PBT).
SHAH ALAM, 29 JUN: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan penghargaan atas kesediaan Parlimen untuk bersidang "secepat mungkin" seperti titah baginda dua minggu lalu.
PUTRAJAYA, 29 JUN: Kaunter perkhidmatan kerajaan akan kembali beroperasi secara fizikal mulai 1 Julai ini dengan tatacara pengoperasian tertentu, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
SHAH ALAM, 29 JUN: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mengeluarkan kompaun kepada individu dalam kawasan badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri di Cyberjaya kerana gagal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).
KUALA KRAI, 29 JUN: Seorang warga emas berusia 105 tahun dari Kampung Bahagia lega apabila berjaya melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 manakala ada juga yang sebak kegembiraan menerima ‘pendinding’ daripada pandemik yang membawa maut itu.
SHAH ALAM, 28 JUN: KDEB Waste Management (KDEBWM) merayu kerjasama penduduk agar meletakkan kenderaan lebih teratur agar tidak menghalang laluan lori sampah domestik.
KUALA LUMPUR, 28 JUN: Sebanyak 57 kematian Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat pandemik berkenaan di Malaysia mencecah 5,001 orang atau 0.68 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
SHAH ALAM, 28 JUN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan empat lagi kluster tempat kerja di Selangor, menurut ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 28 JUN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyalurkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM).
SHAH ALAM, 28 JUN: Kerajaan melaksanakan semula moratorium pinjaman bank selama enam bulan kepada semua peminjam tanpa mengenakan sebarang syarat, kata perdana menteri.
SHAH ALAM, 28 JUN: Seramai 12.6 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000.
GOMBAK, 28 JUN: Seorang warga emas yang menghidap penyakit kronik nekad hadir ke Program Vaksinasi Covid-19 Selangor (SCVP) hari ini walaupun tulang paha kanannya patah.
SHAH ALAM, 28 JUN: Program Vaksinasi Covid-19 Selangor (SCVP) yang bermula hari ini berjalan lancar dan memudahkan orang ramai menerima suntikan.
SHAH ALAM, 26 JUN: Lebih ramai golongan terjejas dapat dibantu menerusi peruntukan tambahan RM50,000 kepada wakil rakyat termasuk pembangkang di negeri ini.
SHAH ALAM, 26 JUN: Jumlah jangkitan Covid-19 kekal angka 5,000 empat hari berturut-turut apabila merekodkan 5,803 kes hari ini, menurut ketua pengarah kesihatan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.