MELAKA, 17 OKT: Satu operasi penerbangan ihsan bagi membawa lima kotak organ manusia untuk kegunaan pesakit di Hospital Kuala Lumpur (HKL) digerak menggunakan helikopter Agusta AW189 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam hari ini.
GOMBAK, 17 OKT: Dato' Menteri Besar menjangkakan penggazetan tanah perkampungan Orang Asli di Selangor selesai penggal ini.
HULU KELANG, 17 OKT: Dato' Menteri Besar meluangkan masa bersama ketua komuniti Taman Melawati di sini hari ini bagi membincangkan isu setempat.
SHAH ALAM, 17 OKT: Invest Selangor Bhd, cabang pelaburan oleh Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM11 juta untuk keseluruhan pembangunan dan pengurusan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2021 (SIBS 2021) yang akan bermula secara hibrid - maya dan fizikal, pada 18 hingga 21 Nov ini.
BERA, 17 OKT: Kerajaan tidak akan secara sengaja menyukarkan kehidupan golongan yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19, tetapi perkara itu berpunca daripada sikap mereka sendiri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
SHAH ALAM, 17 OKT: Jangkitan harian Covid-19 turun lebih 1,300 menjadikan 6,145 kes dicatatkan hari ini, menurut ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 16 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyumbang RM120,000 kepada persatuan bekas pegawai dan kakitangannya bagi menjayakan program bermanfaat.
SHAH ALAM, 16 OKT: Jangkitan harian Covid-19 kekal pada paras 7,000 hari ini dengan 7,509 kes direkodkan, menurut ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 16 OKT: Kerajaan Negeri akan membantu menyelesaikan isu perumahan bekas pekerja Ladang Dusun Durian di Banting sekiranya pemaju projek ditukar.
SHAH ALAM, 16 OKT: Lebih 2,000 individu pulang ke kampung halaman menerusi Terminal 17 di sini sejak kebenaran rentas negeri Isnin lalu.
SHAH ALAM, 16 OKT: Sebanyak 99 peratus bekalan air di 998 kawasan pulih sepenuhnya setakat 9 pagi ini manakala dua wilayah lagi mencapai hampir 100 peratus.
KUALA LUMPUR, 16 OKT: Solat berjemaah dengan kapasiti penuh dibenarkan di Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah bermula Ahad (17 Okt).
SHAH ALAM, 16 OKT: Lebih 600 individu mengambil peluang cuti hujung minggu untuk pulang ke kampung halaman dengan menaiki bas di Terminal 17 di sini, malam tadi.
KUALA LUMPUR, 16 OKT: Kadar populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin Covid-19 kini mencapai 91.4 peratus atau 21,399,802 setakat 11.59 malam tadi, meningkat 0.2 peratus berbanding 91.2 peratus, pada Khamis (14 Okt).
SHAH ALAM, 16 OKT: Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) melancar anugerah Malaysia Top E-Commerce Merchant (Top ECM) 2021 edisi keenam dengan sokongan Affin Bank Berhad sebagai penaja utama.
SHAH ALAM, 16 OKT: Sebanyak 98 peratus bekalan air di 998 kawasan pulih sepenuhnya setakat 6 pagi tadi manakala dua wilayah lagi melebihi 80 peratus.
AARHUS 16 OKT: Indonesia menafikan peluang Malaysia untuk mara ke separuh akhir Piala Thomas 2020 untuk edisi kedua berturut-turut selepas skuad negara pimpinan Lee Zii Jia tewas 3-0 pada saingan suku akhir di Arena Ceres semalam.
SHAH ALAM, 13 OKT: Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di loji rawatan Sungai Selangor Fasa 1 siap lebih awal daripada jadual asal, kata Dato' Menteri Besar.
SHAH ALAM, 13 OKT: Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor berkata negeri itu lebih awal melaksanakan sistem FTTIS (kenal pasti, uji, kesan, kuarantin dan sokong) yang bakal dilaksanakan kerajaan persekutuan bagi mengawal penularan Covid-19.
SHAH ALAM, 13 OKT: Pakar psikologi mencadangkan kerajaan memperbanyakkan saringan bagi mengesan penyakit mental yang semakin serius kesan akibat penularan Covid-19.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.