SHAH ALAM, 22 OKT: Seramai 200 penunggang motosikal sekitar Bukit Melawati dijangka menerima manfaat sempena program Let's Ride and Help (LetsGO) yang berlangsung selama dua hari bermula esok.
KUALA LUMPUR, 22 OKT: Pihak terowong Lebuhraya Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) melakukan pemeriksaan dan pemantauan yang menyeluruh terhadap pintu kawalan banjir, pintu kawalan jalan raya dan semua pintu kedap air dalam bersiap siaga menghadapi perubahan angin monsun yang menyebabkan hujan lebat berlaku tanpa dijangka.
LABUAN, 22 OKT: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali menyeru kepada semua penjawat awam agar patuh kepada pekeliling dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mewajibkan mereka melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 sebelum 1 November ini.
SHAH ALAM, 22 OKT: Cadangan Kerajaan Negeri mengangkat Kuala Kubu Bharu sebagai kawasan warisan negara menyokong usaha mencalonkannya sebagai tapak Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).
KLANG, 22 OKT: Sebuah kilang perabot di Jalan Korporat Taman Perindustrian Meru di sini diminta segera mendapatkan Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki Bangunan (CCC) untuk pekerjanya.
SHAH ALAM, 21 OKT: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke majlis pemakaman Almarhumah Tengku Thuraya Almarhum Sultan Ibrahim hari ini.
MELAKA, 21 OKT: Jenazah anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh, 46, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid An-Nur, Krubong di sini, kira-kira pukul 11.38 pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 21 OKT: Hujan lebat di lima negeri mengakibatkan lebih 1,000 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan kediaman mereka dilanda banjir.
Oleh Muhammad Basir Roslan LANGKAWI, 21 OKT: Siapa sangka tidak jauh dari Pulau Langkawi iaitu sekitar 5 kilometer dari Jeti Pelancongan Pekan Rabu, terdapat sebuah pulau yang berpotensi menjadi destinasi pelancongan dan dianugerahi dengan pelbagai keindahan alam semula jadi. Pulau Tuba, nama...
SHAH ALAM, 21 OKT: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dengkil, Sepang susulan banjir kilat melanda di daerah itu semalam, kata wakil rakyatnya.
SHAH ALAM, 18 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menyeru semua umat Islam agar menyegarkan kembali penghayatan terhadap sejarah perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW.
SHAH ALAM, 18 OKT: Satu insiden paip pecah dikesan berlaku berhampiran di Kampung Chinchang Salak Tinggi, Sepang malam ini.
SHAH ALAM, 18 OKT: Dato’ Menteri Besar meminta umat Islam mencontohi sebaik mungkin keperibadian mulia Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan.
SHAH ALAM, 18 OKT: Aktiviti berbasikal di lebuh raya tanpa kebenaran polis dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) boleh didenda hingga RM5,000 atau penjara sehingga 12 bulan.
SHAH ALAM, 18 OKT: Pakatan Harapan (HARAPAN) sedia berdepan pilihan raya negeri (PRN) Melaka walaupun situasi ketika ini bukan tempoh yang sesuai.
SHAH ALAM, 18 OKT: Polis sedang menjejaki seorang lelaki Myammar berketurunan Rohingya, Mohammad Hashim Dilbashar atau lebih dikenali sebagai Hashim, bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang pengutip sampah di Klang pada 10 Okt lalu.
SHAH ALAM, 18 OKT: Warga Selangor yang mahu mendapat suntikan vaksin Covid-19 boleh membuat tempahan di 88 klinik atau fasiliti kesihatan swasta di negeri ini.
KUALA LUMPUR, 18 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang untuk bersemuka dengan kumpulan antivaksin bagi memberi fakta dan penerangan berhubung vaksin Covid-19 berdasarkan kajian klinikal yang sahih, Dewan Negara diberitahu hari ini.
SHAH ALAM, 18 OKT: Jangkitan harian Covid-19 terus mencatatkan penurunan kepada 5,434 kes hari ini berbanding 6,145 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.
KUALA LUMPUR, 17 OKT: Perseorangan utama negara Lee Zii Jia menunjukkan kualiti seorang pemain handalan dunia pada kempen Piala Thomas 2020 namun corak permainannya masih belum konsisten, kata legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.