KUALA LUMPUR, 17 JULAI: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berharap dapat membawa masuk pakar psikologi dalam usaha meningkatkan kekuatan mental pemain ketika beraksi di bawah tekanan yang hebat di gelanggang.
SHAH ALAM, 17 JULAI: Keadaan sekitar pantai di Kuala Langat terkawal dan tiada limpahan air pasang besar setakat ini, maklum Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).
GEORGE TOWN, 17 JULAI: Empat maut manakala tiga lagi cedera parah selepas motosikal yang ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan beberapa kenderaan termasuk kereta di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini awal pagi tadi.
SHAH ALAM, 17 JULAI: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyumbangkan RM120,000 bagi membantu mangsa banjir di Baling, Kedah.
BUKIT MERTAJAM, 17 JULAI: Kementerian Sumber Manusia mahu lebih banyak syarikat yang berjaya membantu melahirkan peluang pekerjaan kepada golongan orang kurang upaya (OKU).
SHAH ALAM, 17 JULAI: Program Selangor Saring anjuran Kerajaan Negeri disifatkan terbaik untuk rakyat sebagai langkah pencegahan awal kepada sebarang jenis penyakit serius.
KUALA LUMPUR, 17 JULAI: Polis menahan seorang lelaki berumur 39 tahun yang disyaki menghina agama Islam di media sosial, di sebuah rumah di Puchong dekat sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.
KUALA TERENGGANU, 17 JULAI: Seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di sebuah sekolah di Marang dekat sini, yang direman selepas disyaki menghempas seorang anak murid lelakinya hingga patah kaki, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
PELABUHAN KLANG, 14 JULAI: Ben Daud Industries Sdn Bhd berhasrat menjadi antara pengedar utama daging di kawasan Lembah Klang dalam tempoh lima tahun akan datang melalui pembukaan gudang sejuk beku pertamanya di Pendamar, Klang.
JOHOR BAHRU, 14 JULAI: Polis sedang menyiasat kes tindakan seorang lelaki menampar dan membaling selipar terhadap seorang pengutip kotak di hadapan sebuah stesen minyak, di Taman Putri dekat Kulai, Isnin lepas.
PASIR PUTEH, 14 JULAI: Seorang wanita maut manakala empat lagi cedera termasuk seorang kanak-kanak parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan antaranya dua lori muatan pasir dan besi serta 21 basikal, di Jalan Kamunting, di sini, pagi tadi.
PETALING JAYA, 14 JULAI: Kerajaan Negeri sedia meneruskan pemberian dana kepada Sasterawan Negara (SN) bagi menerbitkan semula naskhah popular.
PETALING JAYA, 14 JULAI: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengadakan pertemuan dengan penggiat seni tanah air termasuk tujuh Sasterawan Negara (SN) hari ini.
NILAI, 14 JULAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup 245 kilogram ketamin dianggar bernilai RM13.48 juta yang disorokkan bersama pelbagai jenis kacang dalam pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, 4 Julai lepas.
KUALA LUMPUR, 14 JULAI: Kabinet telah meluluskan draf Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat, pada Isnin ini.
SHAH ALAM, 14 JULAI: Dato' Menteri Besar merakamkan ucapan takziah atas pemergian bapa Pesuruhjaya PAS Selangor Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.
BATU PAHAT, 14 JULAI: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) hari ini mengesahkan kesemua 14 kontak kasual kepada rakyat Malaysia di Singapura yang dijangkiti penyakit cacar monyet pada 6 Julai lepas, disahkan bebas daripada penyakit itu.
SHAH ALAM, 14 JULAI: Individu yang memiliki basikal klasik dipelawa mengambil bahagian dalam pertandingan Vintage Bicycle Fun Ride anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada Ahad ini.
KUALA LUMPUR, 14 JULAI: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menetak jirannya dengan sebilah pisau di Kampung Baru Ampang di sini selepas berbalah mengenai laluan koridor di hadapan rumah mereka, semalam.
PETALING JAYA, 13 JULAI: Teman lelaki kepada wanita yang membuka tudung dan menanggalkan baju kurung ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail di sini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video jelik di laman sosial Instagram serta YouTube, bulan lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.