IPOH, 20 JULAI: Hanya kerana tidak memandang muka semasa bersalaman, seorang lelaki bertindak menampar belakang kepala seorang jemaah di Masjid An-Nur Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, pada Isnin lepas.
KUALA TERENGGANU, 20 JULAI: Seorang penganggur direman selama empat hari kerana disyaki menghina agama Islam melalui satu rakaman audio yang tular di aplikasi WhatsApp baru-baru ini.
SHAH ALAM, 20 JULAI: Bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas dipercayai masih berada dalam negara.
SHAH ALAM, 20 JULAI: Rancangan Selangor Satu (RS-1) yang akan dibentang Dato' Menteri Besar pada Isnin depan diharap dapat direalisasi dengan menumpukan kawasan luar bandar.
KUALA LUMPUR, 20 JULAI: Kemunculan ‘wartawan jadian’ yang mencemarkan profesion kewartawanan kerana kelaziman mereka menyebarkan maklumat tidak sahih mahupun tepat menerusi media sosial sehingga menimbulkan kekeliruan orang ramai, tidak boleh diambil ringan.
SHAH ALAM, 20 JULAI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menggalakkan para pengeluar zakat untuk melakukan pembayaran secara bulanan bagi membantu institusi itu menampung keperluan agihan zakat kepada golongan asnaf.
SHAH ALAM, 20 JULAI: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyerbu sebuah kafe siber yang beroperasi secara haram di Jalan Kusta, Kawasan Perindustrian SB Jaya, Sungai Buloh kelmarin.
KUALA LUMPUR, 20 JULAI: Persoalan mengenai cabaran yang dihadapi sektor agromakanan dalam memastikan rantaian bekalan makanan negara kekal stabil dan lancar antara topik yang dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
KUALA LUMPUR, 20 JULAI: Crack House Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail, di sini yang menjadi lokasi seorang wanita menanggalkan baju kurung dan tudung ketika membuat persembahan komediri, disimbah cat oleh dua lelaki pagi semalam.
BANTING, 18 JULAI: Seorang nelayan yang dilaporkan hilang dalam kejadian bot terbalik berhampiran Jeti LKC di Kampung Sungai Rambai, Jenjarom, dekat sini, semalam ditemukan lemas kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian, hari ini.
MELAKA, 18 JULAI: Seorang peniaga kedai runcit berdepan denda sehingga RM1 juta selepas dikesan menjual minyak masak paket bersubsidi RM3.50 sebungkus berbanding harga asal RM2.50.
SHAH ALAM, 18 JULAI: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor menahan tiga lelaki disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian kebakaran di tapak pelupusan sampah haram berdekatan Plaza Tol Sungai Long, Kajang yang berlarutan sejak 14 Julai lepas hingga hari ini.
SHAH ALAM, 18 JULAI: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Rafizi Ramli melampirkan draf laporan polis terhadap bekas perdana menteri bagi memudahkan urusan ahli parti esok.
PELABUHAN KLANG, 18 JULAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengagalkan cubaan menyeludup pelbagai bahagian badan haiwan liar termasuk gading gajah, tanduk badak sumbu, sisik tenggiling dan taring harimau bernilai kira-kira RM80 juta yang disorok di belakang timbunan kayu bergergaji dalam sebuah kontena, 10 Julai lepas.
MELAKA, 18 JULAI: Seorang peniaga wanita kerugian RM4,700 apabila wang dalam akaun banknya lesap selepas beliau memuat turun pautan fail 'andriod package kit' (APK) untuk tempahan perkhidmatan pembersihan.
SHAH ALAM, 18 JULAI: Selangor merupakan satu-satunya negeri yang melaksanakan siasatan awam sebelum mana-mana hutan simpan kekal (HSK) di nyahwarta.
KOTA BHARU, 18 JULAI: Polis Kelantan menahan seorang lelaki Melayu berusia 35 tahun yang dipercayai menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW menerusi satu hantaran video di media sosial Facebook, hari ini.
SHAH ALAM, 18 JULAI: Rancangan Selangor Satu (RS-1) yang akan dibentang minggu depan diharap menggariskan elemen pembangunan identiti dan budaya masyarakat setempat.
KUALA LUMPUR, 18 JULAI: Seorang wanita yang menghadapi pertuduhan menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan umat Islam dan teman lelakinya masing-masing selesai membayar jaminan RM20,000 yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen hasil daripada sumbangan orang ramai.
JOHOR BAHRU, 18 JULAI: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan melibatkan 11 kenderaan lain di Tambak Johor, awal bulan ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.