KUALA LUMPUR, 6 OKT: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan agar Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa) memberi perhatian kepada sistem amaran awal bencana sebagai persiapan menghadapi banjir.
SHAH ALAM, 6 OKT: Seramai empat asnaf di daerah Sepang menerima kunci rumah baharu dan dibaik pulih untuk menikmati kediaman yang lebih selesa.
PUTRAJAYA, 6 OKT: Selangor mencatatkan bilangan kes denggi tertinggi dengan 748 kes pada minggu epidemiologi (ME) ke-39 iaitu dari 25 Sept hingga 1 Okt, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
SUBANG JAYA, 6 OKT: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mewarta sebanyak 60 pusat pemindahan sementara (PPS) sebagai persiapan menghadapi fenomena Monsun Timur Laut.
SHAH ALAM, 6 OKT: Satu sindiket dikesan cuba menipu dalam urus niaga hartanah melibatkan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) termasuk menggunakan nama Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.
JOHOR BAHRU, 6 OKT: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Pontian iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Anom dibuka semalam menjadikan mangsa banjir kilat di Johor meningkat kepada 29 orang setakat 8 pagi ini berbanding 22 orang malam tadi.
SHAH ALAM, 6 OKT: Jelajah Kita Rewang Sekampung di daerah Sepang pada 7 dan 8 OKtober ini berkonsep Jawa, kata EXCO pembangunan luar bandar dan kampung tradisi.
KUALA LUMPUR, 6 OKT: Impak positif siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) ke negeri-negeri dari segi sosial dan ekonomi serta kos yang dikeluarkan dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
SHAH ALAM, 6 OKT: Sebanyak 18 hasil karya dua artis seni rupa (perupa) tempatan bakal dipamerkan di Galeri Shah Alam bermula 11 hingga 28 Oktober ini.
KUALA LUMPUR, 6 OKT: Kementerian Kerja Raya (KKR) menyasarkan untuk memperkenalkan sistem kutipan tol tanpa henti yang dikenali sebagai Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) menjelang 2025 dalam usaha mengurangkan kesesakan di plaza tol.
DOHA, 4 OKT: Reka bentuk Stadium Lusail, lokasi perlawanan akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 pada 18 Dis, memaparkan ciri-ciri Islam-Arab yang menonjolkan motif dan elemen dari zaman kegemilangan ekspresi artistik dunia Islam.
SHAH ALAM, 4 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di tujuh daerah iaitu Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
SHAH ALAM, 4 SEPT: Kerajaan Selangor menganjurkan Latih Amal dan Simulasi Bencana Negeri Selangor minggu lalu sebagai persediaan menghadapi banjir hujung tahun ini.
KUALA LUMPUR, 4 OKT: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan perkhidmatan tambahan dua unit tren elektrik (ETS) Platinum bagi perjalanan dari stesen Kuala Lumpur Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya sempena sambutan Maulidur Rasul dan perayaan Deepavali.
Oleh Suhaila Shahrul Annuar SHAH ALAM, 4 OKT: Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Langat Fasa 2 yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bakal bermula dalam masa terdekat. Ahli Dewan Negeri (ADN) Dusun Tua Edry Faizal Eddy Yusof berkata projek itu akan dilaksanakan dari...
SHAH ALAM, 4 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan seluruh negara sehingga jam 9 malam ini.
KLANG, 4 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti Setapak menjadi lubuk bagi kegiatan doktor gigi palsu atau tidak bertauliah yang dilihat semakin meningkat dan aktif mempromosikan perkhidmatan mereka menerusi media sosial.
KUALA LUMPUR, 4 OKT: Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.
SHAH ALAM, 4 OKT: Syarikat penyelenggara jalan negeri Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) membaik pulih tiga lagi jalan di daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor.
KUALA LUMPUR, 4 OKT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memanjangkan tempoh pengundian bagi pilihan raya ke-15 (PRU15) selama sejam berbanding pilihan raya umum sebelum ini iaitu 8 pagi hingga 5 petang.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.