SHAH ALAM, 5 OKT: Pemimpin masyarakat di negeri ini diberi peranan sebagai perantara dalam proses sulh (perdamaian) di peringkat awal kepada pasangan bermasalah.
SHAH ALAM, 5 OKT: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan membangunkan dua pelabuhan pendaratan ikan di Sungai Lang dan Sekinchan menerusi projek Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA).
KOTA KINABALU, 5 OKT: Agensi hal ehwal Islam serta tokoh Islam perlu memberi input dalam dasar negara seperti Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan belanjawan tahunan negara agar konsep Malaysia Madani dapat diterapkan untuk pembangunan negara dan rakyat yang lebih mampan.
SERDANG, 5 OKT: Mahasiswa diseru supaya benar-benar memahami sejarah diri, komuniti dan negara kerana ia aspek penting untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
HANGZHOU, 5 OKT: Walaupun tiada sebarang pingat dituai, Malaysia sekurang-kurangnya sudah mengesahkan tiga kilauan perak pada hari ke-11 temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 semalam, untuk melengkapkan sasaran 27 pingat ditetapkan dengan bergaya.
SHAH ALAM, 5 OKT: Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang menjual pelbagai barangan asas seperti beras dan telur pada harga murah diadakan di tiga lokasi hari ini bermula jam 10 pagi.
SHAH ALAM, 4 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyantuni warga emas dalam satu majlis makan malam di Pusat Konvensyen MBSA semalam sempena sambutan ulang tahun bandar raya itu ke-23.
GEORGE TOWN, 4 OKT: Wanita tempatan yang memandu kereta BMW secara melawan arus di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini Ahad lepas, memberi alasan dia panik sehingga masuk ke laluan bertentangan sebelum terlibat kemalangan.
SHAH ALAM, 4 OKT: Sebanyak 10,000 pek bantuan keperluan asas banjir disediakan sebagai kelengkapan mendepani peralihan Monsun Timur Laut (MTL) yang berlaku hingga Februari depan.
Oleh Muhammad Basir Roslan KUALA LUMPUR, 4 OKT: Merdu bunyi gesekan biola itu pastinya menambat hati mereka yang mendengarnya dan mungkin tidak ramai yang tahu pemain alat muzik itu juga adalah seorang doktor perubatan. Dr Julian Lee berkongsi dengan penulis ketika dihubungi baru-baru ini,...
SHAH ALAM, 4 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pemilik rumah bagi kerja penurapan di laluan keluar masuk kediaman oleh pihak kontraktor lantikan.
SHAH ALAM, 4 OKT: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menjalankan pemantauan di tiga lembangan sungai iaitu Sungai Klang, Sungai Selangor dan Sungai Langat semalam bagi memastikan tiada pencemaran berlaku.
GOMBAK, 4 OKT: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyelesaikan 57 pampasan Skim Insurans Am Selangor (INSAN) melibatkan jumlah RM669,000 kepada waris setakat ini.
KUALA LUMPUR, 4 OKT: Masyarakat bukan sahaja perlu berwaspada terhadap panggilan mencurigakan bagi menangani gejala penipuan, tetapi juga perlu mengatasi isu 'cognitive hacking' atau penggodaman kognitif untuk memastikan diri tidak menjadi mangsa jenayah itu.
GOMBAK, 4 OKT: Ibu kepada pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana yang maut akibat kemalangan motosikal berhasrat melaksanakan badal haji untuk arwah menggunakan pampasan Skim Insurans Am Selangor (INSAN).
SHAH ALAM, 4 OKT: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan asas pada harga murah menerusi Jualan Ehsan Rahmah (JER) di tiga lokasi esok mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.
GEORGE TOWN, 2 OKT: Seorang lelaki mengalami kecederaan di bahagian perut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta jenis BMW yang dipandu seorang wanita tempatan secara melawan arus di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, tengah malam tadi.
PUTRAJAYA, 2 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati orang ramai yang berada di kawasan dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan.
SHAH ALAM, 2 OKT: Wakil rakyat Kota Damansara berharap isu pembaikan kemudahan terutama di kawasan pentadbirannya diberi tumpuan pada belanjawan negeri tahun depan.
BENTONG, 2 OKT: Kerajaan memutuskan untuk menyalurkan subsidi berjumlah hampir RM400 juta bagi premis kerajaan seperti kem tentera, polis dan asrama sekolah menggunakan beras import sebagai langkah meningkatkan beras putih tempatan dalam pasaran.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.