KUALA LUMPUR, 24 OKT: Hasrat kerajaan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dilihat mampu menjadi teras dalam melahirkan pewaris negara yang kaya nilai perpaduan, integriti dan insaniah.
SHAH ALAM, 24 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat ke Ekspo Seni dan Kraf 2023 di sebuah pusat membeli-belah di Bukit Jalil Sabtu lalu.
SHAH ALAM, 24 OKT: Dato' Menteri Besar menghadiri sambutan Maulidur Rasul peringkat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Kampung Sungai Tua, Gombak, Sabtu lalu.
KUALA LUMPUR, 24 OKT: Garis panduan mengenai sebarang ucapan dalam demonstrasi atau perhimpunan aman dan strategi pengkomersialan dan inovasi (C&I) dalam penyampaian perkhidmatan awam, antara isu yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
HULU LANGAT, 23 OKT: Wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua berhasrat memperluas Jualan Ehsan Rahmah (JER) di lokasi terpilih tahun depan.
KUALA LUMPUR, 23 OKT: Geopark atau taman geo adalah tapak warisan yang menampilkan aspek sejarah dan geografi yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak bagi tujuan pembangunan, pendidikan dan pemuliharaan lestari.
KUALA LUMPUR, 23 OKT: Pasukan Malbatt 850-10 yang terlibat misi pengaman di Lubnan disahkan selamat walaupun keadaan tegang di sempadan negara itu susulan konflik Palestin-Israel.
KUALA LUMPUR, 23 OKT: Penghasilan produk inovasi daripada bahan buangan terjadual berjaya mengangkat Kumpulan Scino Enviro Tech sebagai penerima anugerah khas sempena Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) tahun ini.
KUALA LUMPUR, 23 OKT: Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 yang melabuhkan tirai semalam turut memberi manfaat pelaburan kepada negeri lain.
KUALA LUMPUR, 23 OKT: Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Sabak Bernam mengungguli Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) 2023 bagi kategori sektor awam PDT menerusi pembangunan sistem e-warta.
KUALA LUMPUR, 23 OKT: Projek pengurusan sisa lestari menggunakan black soldier fly atau lalat askar hitam dijangka mampu mengurus 15 tan sisa makanan di Selangor setiap hari.
KUALA LUMPUR, 23 OKT: Dasar Pengkomersialan Harta Intelek Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor (DPHIS) diperkenal bagi mengangkat produk inovasi dihasilkan sektor awam ke tahap lebih tinggi.
KAHERAH, 23 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara utama perlu dilakukan semua pihak termasuk kuasa-kuasa besar bagi meredakan sementara konflik yang meruncing di Gaza ketika ini ialah menghentikan serangan di kawasan itu.
SEPANG, 22 OKT: Jualan Ehsan Rahmah (JER) menjadi platform mempromosi barangan kering jenama Ehsan keluaran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
JOHOR BAHRU, 22 OKT: Seorang bapa dan teman wanitanya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pengabaian terhadap anak kandungnya berusia tujuh tahun, sekitar Julai hingga 12 Okt lepas.
RAMALLAH, 22 OKT: Sekurang-kurangnya 1,661 kanak-kanak terkorban akibat kekejaman Israel sejak pertempuran terkini meletus pada 7 Okt, menurut kenyataan Defence for Children International - Palestine (DCIP) pada Sabtu.
KUALA LUMPUR, 22 OKT: Pelaburan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui membuktikan langkah berani Kerajaan Negeri bagi mencapai pelepasan sifar karbon menjelang 2050.
KUANTAN, 22 OKT: Polis menahan dua pelajar lelaki berusia 16 tahun, bagi membantu siasatan memiliki dan mengedar video seorang kenalan perempuan mereka yang sedang mandi.
KLANG, 22 OKT: Program pemutihan maahad tahfiz persendirian dilanjut bagi memberi ruang kepada pemilik menyelesaikan beberapa isu khususnya melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT).
KUALA LUMPUR, 22 OKT: Aplikasi PriceCatcher yang dibangunkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sejak 2017 menjadi medium untuk rakyat lebih bijak berbelanja dalam mendepani peningkatan harga barangan pada masa ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.