KUALA LUMPUR, 28 OKT: Polis menahan 106 warga asing kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah, ketika diperiksa dalam satu operasi di sebuah pasar borong di sini hari ini.
PETALING JAYA, 28 OKT: Kadar Indeks Jenayah bagi seluruh negara turun 1.1 peratus apabila 25,482 kes direkodkan bagi Januari hingga Jun tahun ini berbanding 25,774 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 28 OKT: Siling depan anjung pusat beli-belah Megah Rise Mall di Petaling Jaya dekat sini runtuh dalam kejadian angin kencang dan hujan lebat, petang tadi.
SHAH ALAM, 28 OKT: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membina 157,000 unit rumah mampu milik sejak 1964 sekali gus memenuhi matlamat menyediakan kediaman selesa untuk rakyat.
MELAKA 28 OKT: Persediaan Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah untuk pelajarnya menghadapi peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan bermula Isnin ini, terjejas selepas bumbung bangunan di sekolah tersebut rosak akibat dibadai ribut petang tadi.
KUALA LUMPUR, 28 OKT: Sejumlah 50 tan barangan utama bantuan kemanusiaan bernilai RM7 juta untuk rakyat Palestin di Gaza siap sedia untuk dihantar ke Gaza melalui Mesir.
PUTRAJAYA, 28 OKT: Enam kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-42 (ME42) iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Okt.
SEPANG, 28 OKT: Secara purata 302 kes lemas dilaporkan di Selangor setiap tahun mengatasi jumlah kematian akibat kebakaran dari 2019 hingga 2022, menurut EXCO pengurusan bencana.
KUALA LUMPUR, 28 OKT: Sebilangan besar rakyat Malaysia masih bersikap “jangka pendek” dalam pengurusan kewangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.
SHAH ALAM, 27 OKT: Seramai 400 keluarga India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong diminta menuntut baucar Jom Shopping Deepavali pada 5 November ini.
MELAKA, 27 OKT: Agensi Nuklear Malaysia akan mempergiat promosi bagi memperluas penggunaan anak benih padi mutan NMR152 kepada pesawah terutamanya di kawasan luar jelapang dalam usaha membantu mempertingkatkan hasil keluaran tanaman.
KUALA LUMPUR, 27 OKT: Empat individu yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kes syarikat pelaburan i-Serve dan dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama syarikat penerbangan tambang rendah MYAirline, masing-masing direman satu hingga empat hari bermula hari ini.
Oleh NAS NORZIELA NASBAH SHAH ALAM 27 OKT: Sebanyak 52 sekolah yang digunakan pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos lalu menerima sumbangan dengan jumlah keseluruhan RM156,000. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi kenyataan memaklumkan inisiatif RM3,000 kepada setiap sekolah akan...
DENGKIL, 27 OKT: Malaysia akan terus bekerjasama dengan Liga Arab dan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk memantau perkembangan semasa konflik Palestin-Israel, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SHAH ALAM, 27 OKT: Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelabuhan Klang menganjur kempen gotong-royong sebagai persediaan menghadapi peralihan monsun hujung tahun ini.
KUALA LUMPUR, 27 OKT: Notis Financial Sector Cyber Threat Intelligence Platform (FinTIP) adalah pemberitahuan untuk berjaga-jaga yang dikeluarkan secara rutin kepada institusi kewangan dan rakan kerjasama mereka yang berkaitan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
KUALA LUMPUR, 27 OKT: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-263 (Khas) bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
KUALA LUMPUR, 24 OKT: Malaysia tidak melaksanakan dasar untuk menamatkan hayat kenderaan lama memandangkan langkah itu tidak praktikal, namun sentiasa menggalakkan rakyat untuk memilki kenderaan elektrik (EV) atau menggunakan pengangkutan awam.
SHAH ALAM, 24 OKT: Malaysia berada di kedudukan kedua paling berinovatif dalam kalangan 36 negara Kumpulan Berpendapatan Sederhana Atasan.
KUALA LUMPUR, 24 OKT: Orang ramai diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya ketika menyertai perhimpunan aman di ibu negara.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.