IPOH, 1 NOV: Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 329 orang daripada 94 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 316 orang daripada 90 keluarga semalam.
KUALA LUMPUR, 1 NOV: Persoalan berhubung usaha mengatasi masalah buli di sekolah dan langkah kerajaan meningkatkan kemampuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani trend jenayah siber antara isu yang akan dibincangkan di Dewan Rakyat, hari ini.
SHAH ALAM, 1 NOV: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke tiga lokasi hari ini bermula 10 pagi.
SHAH ALAM, 30 OKT: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenan menerima jemputan pertemuan peribadi dan santapan malam dengan sejarawan serta tokoh pendidikan tersohor United Kingdom (UK).
GAZA CITY (Palestin), 30 OKT: Perkhidmatan telefon dan Internet terputus di bahagian utara Semenanjung Gaza, umum Palestine Cellular Communications Company (Jawwal) pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.
IPOH, 30 OKT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun cedera akibat ditumbuk dan ditendang bapa kandung semasa berada di rumah ibu saudaranya di Kampung Perah, Gerik, petang semalam.
Oleh NAS NORZIELA NASBAH SHAH ALAM, 30 OKT: Sejumlah RM90.98 juta cukai taksiran semasa dikutip Majlis Perbandaran Selayang (MPS) setakat September. Timbalan Yang Dipertua Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata jumlah itu mencapai 79.27 peratus daripada jumlah sasaran iaitu RM114.78 juta untuk...
SHAH ALAM, 30 OKT: Enam daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 5 petang ini.
SHAH ALAM, 30 OKT: Seramai 25 penjawat awam dikenakan tindakan tatatertib kerana terlibat dengan ketirisan wang awam berdasarkan hal berbangkit dalam Laporan Ketua Audit Negara 2020 dan 2021.
SHAH ALAM, 30 OKT: Majlis sambutan perayaan Deepavali peringkat negeri akan berlangsung di tempat letak kereta Dataran Klang@Padang Chetty pada 4 November ini.
SHAH ALAM, 30 OKT: Sebanyak 301 projek perumahan sakit dan terbengkalai berjaya diselesaikan setakat 30 September lalu, kata Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan.
GAZA CITY, 30 OKT: Serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lalu mengakibatkan kemusnahan 47 buah masjid manakala tiga gereja rosak, kata pejabat media kerajaan tempatan pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.
KULAI, 29 OKT: Kementerian Kewangan (MOF) akan mengesyorkan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mewujudkan subjek baharu mengenai kewangan dan keusahawanan di sekolah menengah.
IPOH, 29 OKT: Orang ramai khususnya di negeri ini dinasihatkan agar berhati-hati terhadap aktiviti yang melibatkan ancaman kepala air susulan negara kini memasuki musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November ini.
KUALA LUMPUR, 29 OKT: Penglibatan rakyat secara meluas dalam aktiviti ekonomi negara dengan menggunakan sistem kewangan sebagai pengantara memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Adnan Zaylani Mohamad Zahid.
SHAH ALAM, 29 OKT: Hujan lebat dan ribut petir diramal melanda di empat daerah Selangor sehingga 1 pagi ini.
ALOR SETAR, 29 OKT: Beberapa rumah di daerah Kubang Pasu mengalami kerosakan termasuk bumbung tercabut akibat ribut dan puting beliung dalam kejadian kira-kira 3.30 petang tadi.
GOMBAK, 29 OKT: Kerajaan Negeri mengulangi komitmen memastikan tiada mana-mana pihak terpinggir daripada menerima kebajikan dan pembangunan.
PUTRAJAYA, 29 OKT: Pelbagai inisiatif dirancang di bawah Pelan Advokasi Mengurangkan Gula bagi memastikan mesej berkaitan gula dan kesannya terhadap kesihatan dapat disebarkan secara meluas, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
GOMBAK, 29 OKT: Seramai 700 penerima warga emas dan orang kurang upaya (OKU) menerima baucar beli-belah bernilai RM150 pada program Hari Prihatin Rakyat parlimen Gombak di sini hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.