SHAH ALAM, 15 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan membawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong melawat ke sekitar Istana Alam Shah semalam.
KALABAKAN, 15 DIS: Seramai 10 juta individu disasarkan untuk mendaftar dengan MyDigital ID iaitu inisiatif sistem pengenalan diri dalam talian bagi suku pertama pada tahun hadapan dengan proses pendaftaran sedang dijalankan pada ketika ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution...
SHAH ALAM, 15 DIS: Sebanyak 59 warga asing termasuk empat ejen ditahan dalam satu serbuan di Jalan Kebun di sini semalam.
SHAH ALAM, 15 DIS: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menghulur sumbangan segera kepada Maahad Tahfiz Miftahul Ulum di Hulu Langat yang musnah akibat kebakaran kelmarin.
SHAH ALAM, 15 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan luruan monsun berlaku di selatan semenanjung dan utara Sabah bermula Ahad ini.
KUALA SELANGOR, 15 DIS: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli ke Masjid Raja Lumu, Bukit Malawati di sini hari ini bagi menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 700 jemaah.
GEORGE TOWN, 15 DIS: Kementerian Kewangan akan menyelesaikan isu permohonan bantuan kredit eMADANI yang ditolak, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
SHAH ALAM, 14 DIS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagih peruntukan fidyah berjumlah RM53,664 kepada 312 penerima di daerah Petaling semalam.
BANGKOK, 14 DIS: Produk makanan berbungkus untuk kanak-kanak berumur antara enam bulan hingga tiga tahun di Asia Tenggara didapati mengandungi paras gula dan garam yang tinggi, menurut kajian terbaharu yang dikeluarkan pada Khamis.
Oleh NAS NORZIELA NASBAH SHAH ALAM, 14 DIS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjur program pelupusan perabot, alatan elektrik serta pelbagai jenis barangan lama secara percuma sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu Cina . MBPJ menerusi Facebook memaklumkan program ‘spring...
PETALING JAYA, 14 DIS: Polis mengesan dua kanak-kanak yang mendakwa melihat Zayn Rayyan Abdul Matiin berada di tingkat dua dan tiga Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, pada 5 Dis lepas.
PUTRAJAYA, 14 DIS: Seorang bekas pengawal keselamatan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh pelajar tingkatan lima yang juga kekasihnya, lapan tahun lepas.
PUTRAJAYA, 14 DIS: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan arahan untuk dos penggalak ketiga vaksin Covid-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi dalam masa terdekat berikutan peningkatan kes kebelakangan ini.
SHAH ALAM, 14 DIS: Seramai 6,689 daripada 43,127 calon yang menduduki peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) di Selangor memperoleh pangkat Mumtaz atau cemerlang tahun ini.
LONDON, 14 DIS: Perdana Menteri Ireland pada Rabu berkata apa yang berlaku di Gaza juga merupakan bencana bagi Israel kerana rejim itu kehilangan sokongan di seluruh dunia.
KUALA LUMPUR, 13 DIS: Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) mencatatkan purata skor 0.694 atau 69.4 peratus pada 2022, meningkat 0.2 peratus berbanding 0.692 (69.2 peratus) pada 2021, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
KUALA LUMPUR, 13 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan kepada semua anggota Kabinet termasuk yang baharu dilantik bahawa tidak ada tempoh untuk berbulan madu, sebaliknya mereka perlu terus menjalankan tugas menyelesaikan masalah rakyat.
PETALING JAYA, 13 DIS: Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor bertitah penubuhan pusat sokongan pesakit barah, Rumah KanWork membantu pesakit mendepani cabaran.
SHAH ALAM, 13 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap pakar kaligrafi Arab dari Jepun.
SHAH ALAM, 13 DIS: Sejumlah RM178,000 disalur menerusi Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2023 Siri 2 kepada lima sekolah bagi menyediakan persekitaran kondusif kepada pelajar.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.