TANGKAK, 5 FEB: Bekalan bawang di negara ini masih mencukupi meskipun India menyekat eksport bawangnya, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
KLANG, 5 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menyarankan ahli Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) turut dianggotai golongan profesional, tidak hanya dipelopori ahli politik semata.
LUMUT, 5 FEB: Polis percaya baki 75 pendatang tanpa izin yang melarikan diri dari Depot Sementara Imigresen Bidor pada 1 Feb lepas masih bersembunyi di kawasan sekitar Tapah dan Bidor.
Oleh NAS NORZIELA NASBAH KLANG, 5 FEB: Seorang pesara tentera memanfaatkan Jualan Ehsan Rahmah (JER) dengan berbelanja lebih 30 kali sejak perkenalkan dua tahun lalu. Mohd Yusuf Mohd Rejab, 68, berkata beliau selalu membantu saudara-mara atau jiran membeli keperluan asas murah seperti beras...
HEBRON, 5 FEB: Warga Palestin di wilayah Tebing Barat khususnya Lembah Jordan dan Masafer Yatta di selatan Hebron, terus menjadi sasaran kacau ganggu peneroka haram Israel hampir setiap hari sejak selepas 7 Okt, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
IPOH, 5 FEB: Seorang lagi pendatang tanpa izin yang lolos dari Depot Sementara Imigresen Bidor, Tapah, maut akibat kemalangan jalan raya malam tadi, kata Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
MELAKA, 4 FEB: Pempengaruh media sosial dikenali sebagai Boss Mario ditemukan selamat dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Jalan Syed Abdul Aziz di sini hari ini.
SUBANG JAYA, 4 FEB: Taman Komuniti Putra Heights seluas 3.07 hektar dirasmikan hari selepas siap dibina Disember lalu dengan kos RM3.2 juta.
KUALA LUMPUR, 4 FEB: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengingatkan pempengaruh untuk mengawal secara kendiri dan berhati-hati apabila mengendalikan podcast atau memuat naik kandungan di media sosial supaya tidak memberikan kesan kepada masyarakat.
TAPAH, 4 FEB: Penduduk Kampung Poh, di sini mengambil inisiatif melakukan rondaan bagi menjaga keselamatan kampung berkenaan susulan kejadian 131 tahanan pendatang asing tanpa izin meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Khamis lepas.
KLANG, 4 FEB: Orang ramai dijemput menyertai Ekspo Interaktif: Jelajah Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Kerjaya Badan Beruniform Selangor 2024 (I-TVET’ EX 24) pada 23 dan 24 Mac depan.
KLANG, 4 FEB: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain hari ini menegaskan Bandar Klang adalah Bandar Diraja dan menolak tanggapan negatif sesetengah pihak bahawa bandar itu seperti 'Bandar Colombia' kerana khuatir akan mencetuskan kebimbangan orang ramai.
KUALA TERENGGANU, 4 FEB: Seorang ahli perniagaan kerugian sebanyak RM688,300 akibat terpedaya dengan pelaburan yang tidak wujud.
SUBANG JAYA, 4 FEB: Lebih 300 jemaah menjayakan kempen 'Geng Subuh Macam Jumaat' menerusi penganjuran Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya di sini hari ini.
IPOH, 1 FEB: Seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah di Teluk Intan ditahan, kerana disyaki mencabul kehormatan seorang murid tahun satu di hadapan sebuah kelas, dalam satu kejadian di sekolah tersebut.
TUARAN, 1 FEB: Lebih 20,000 banduan di seluruh negara menjalani program pemulihan di luar tembok penjara bersama komuniti dengan pemantauan Jabatan Penjara Malaysia bagi memastikan pelaksanaannya lancar dan teratur.
SHAH ALAM, 1 FEB: Program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri diteruskan lagi tahun ini bermula pertengahan bulan ini.
KUALA LUMPUR, 1 FEB: Pemerintah United Kingdom (UK) Raja Charles III dan Ratu Camilla menzahirkan ucapan tahniah kepada Sultan Ibrahim sempena pengisytiharan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 Malaysia.
KUALA LUMPUR, 1 FEB: Tiga lelaki tempatan ditahan polis semalam di sekitar Kajang, bagi membantu siasatan kes melibatkan mengurung dan menyamun seorang wartawan lelaki warga China, hujung tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 1 FEB: Minat terhadap bandar raya di Asia dijangkakan terus meningkat tahun ini, dengan Kuala Lumpur berada dalam kelompok 10 destinasi pelancongan paling sohor di dunia, menurut ulasan dan penilaian pengembara global di Tripadvisor.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.