KUALA LUMPUR, 13 FEB: Kesemua 16 mangsa kebakaran di tingkat 17, Blok 70 Flat Sri Sabah akan ditempatkan di rumah transit di Flat Sri Johor, Cheras pada Khamis ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
SHAH ALAM, 13 FEB: Orang ramai berpeluang menikmati pelbagai hidangan menarik pada harga berpatutan di Festival Makanan Selangor Havoc 2024 bermula hari ini.
BALING, 13 FEB: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut selepas dihempap runtuhan dinding rumah yang sedang dalam proses pembinaan, ketika bermain bersama adiknya di rumah mereka di Kampung Padang Lalang, Tawar dekat sini, semalam.
SHAH ALAM, 13 FEB: Orang ramai boleh mendapatkan barangan asas murah di tiga lokasi Jualan Ehsan Rahmah (JER) mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari esok.
JOHOR BAHRU, 13 FEB: Seorang remaja lelaki melecur tahap dua pada bahagian kepala dalam kebakaran membabitkan dua rumah teres satu tingkat dan sebuah tadika di Jalan Ledang Taman Johor di sini, malam tadi.
KUALA LUMPUR, 13 FEB: Kebakaran di Tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras pada malam Ahad lepas, dipercayai berpunca daripada masalah pendawaian elektrik, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Muhammad Salleh Abdul.
Oleh Muhammad Basir Roslan KUALA LUMPUR, 13 FEB: Mutakhir ini, serbuan demi serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa di kawasan tumpuan warga asing, dalam usaha menangani kegiatan golongan itu yang dilihat semakin berleluasa dan meresahkan warga tempatan. Mereka yang tidak mempunyai dokumen sah...
SIBU, 13 FEB: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengingatkan orang awam yang ingin mengadakan aktiviti riadah di tebing sungai agar sentiasa berwaspada dan peka kepada perubahan air sungai di sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini.
SHAH ALAM, 13 FEB: Ella dan Dato' Jamal Abdillah antara penyanyi tanah air yang bakal memeriahkan memeriahkan Karnival Bandaraya Diraja Klang bermula Jumaat ini hingga Ahad.
JOHOR BAHRU, 13 FEB: Ketua Polis Johor CP M Kumar mengesahkan beliau turut menerima e-mel mengandungi unsur ancaman bom pagi semalam.
SHAH ALAM, 11 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM57,500 bagi pertandingan melukis mural di Laman Seni 7 di sini.
KUALA LUMPUR, 11 FEB: Dalam berkelana dan kesibukan mencari rezeki di Malaysia, ia tidak menghalang warga Indonesia menunaikan tanggungjawab kepada tanah air mereka untuk melaksanakan undi awal sempena Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 pada Ahad.
SHAH ALAM, 11 FEB: Hayat Yolu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpangkalan di Istanbul, Turkiye, menganggarkan sekurang-kurangnya US$20 bilion diperlukan untuk pembinaan semula Gaza selepas perang.
SHAH ALAM, 11 FEB: Lebih 7,000 pengunjung melawat Pameran Anak-Anak Sidek di Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah di sini sejak dilancar November tahun lalu.
JOHOR BAHRU, 11 FEB: Dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, yang ditahan dua hari lepas, bagi membantu siasatan kes pemerasan membabitkan wang tunai RM35,000, dilepaskan dengan jaminan polis hari ini.
SHAH ALAM, 11 FEB: Orang ramai berpeluang menonton Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 dengan mendapatkan tiket percuma mulai Selasa ini.
JOHOR BAHRU, 11 FEB: Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta jenis Mitsubishi Lancer disyaki terlibat dengan perbuatan khianat memecahkan cermin kenderaan lain di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, semalam.
KUALA LUMPUR, 10 FEB: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama setakat 9 malam ini masih perlahan berikutan pergerakan orang ramai sempena cuti panjang sambutan Tahun Baharu Cina, bermula hari ini.
KUALA LUMPUR, 10 FEB: Kerajaan Negeri akan memperkenal dasar ekonomi kreatif bagi membangunkan usahawan bidang berkenaan agar lebih mampan dan berdaya maju.
JASIN, 10 FEB: Sebutir bom mortar berkarat berukuran 60 milimeter ditemukan di belakang sebuah rumah di Kampung Tersusun dekat Serkam Darat di sini hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.