LAHAD DATU, 3 MAC: Seorang lelaki dan bapa mentuanya maut selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke laut dekat kolam ikan di Batu 7, Kampung Payang, dekat sini, malam tadi.
PETALING JAYA, 3 MAC: Kementerian Pengangkutan (MOT) memberi jaminan akan melakukan segala yang mungkin bagi mendapatkan kelulusan Kabinet menandatangai kontrak baharu dengan Ocean Infinity, untuk menyambung semula pencarian pesawat Malaysia Airlines MH730 yang hilang 10 tahun lalu.
KUALA LUMPUR, 3 MAC: Peniaga yang tidak terlibat dengan kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diingatkan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan bagi mengaut lebih keuntungan.
SHAH ALAM, 3 MAC: Lebih 8,000 pengunjung melawat Pameran Anak-Anak Sidek di Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah sejak dilancar November tahun lalu.
PENDANG, 3 MAC: Industri tanaman padi negara perlu bersedia untuk menghadapi kemungkinan cuaca lebih panas tahun hadapan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
SHAH ALAM, 3 MAC: Modul latihan yang ‘keras’ mungkin menjadi antara punca kecederaan belakang yang dialami pemain perseorangan negara Ng Tze Yong, sekali gus merisikokan peluangnya untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.
SHAH ALAM, 3 MAC: Lebih 2,000 pengunjung memeriahkan Karnival Pertanian Madani Kota Raja 2024 di pekarangan Wisma Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) di sini hari ini.
JOHOR BAHRU, 3 MAC: Seorang lelaki kerugian RM427,940 selepas terpedaya dengan seorang individu baharu dikenali untuk urusan pengeluaran wang yang menjanjikan bayaran balik berserta komisen.
PADANG BESAR, 3 MAC: Kawasan sempadan Malaysia-Thailand di sekitar Bukit Wang Burma, Wang Kelian dekat sini yang pernah digemparkan dengan penemuan kem serta kubur berkaitan isu pemerdagangan manusia pada 2015 sentiasa berada dalam pemantauan polis dari semasa ke semasa.
PUTRAJAYA, 1 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menerima 17 kenderaan khas atau Special Purpose Vehicle (SPV) dilengkapi sistem teknologi tinggi bagi memantapkan beberapa operasi penugasan termasuk membawa orang kena tahan (OKT).
KUALA LUMPUR, 1 MAC: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 kepada 181 pemenang Kempen WOW! Syoknya Raya 2024 bagi menghargai pendeposit yang membuat simpanan pada musim perayaan.
SHAH ALAM, 1 MAC: Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan berharap Selangor dapat mewujudkan lebih banyak kursus kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kebolehpasaran golongan muda.
SHAH ALAM, 1 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang hingga 11 malam ini.
KUALA LUMPUR, 1 MAC: Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon menyenaraikan 33 pemain bagi menyertai kem latihan pusat bermula 8 Mac ini, sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Omar pada 21 Mac.
KUALA LUMPUR, 1 MAC: Seramai lapan juta pengguna perkhidmatan bekalan air membabitkan 87 peratus domestik dan 13 peratus bukan domestik di Semenanjung serta Wilayah Persekutuan Labuan menikmati pengecualian kenaikan caj cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa hari ini.
PUTRAJAYA, 1 MAC: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan bahawa pihaknya akan meminda Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984 untuk mengawal media dalam talian di negara ini.
SHAH ALAM, 1 MAC: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan lagi ke empat lokasi esok.
KUALA LUMPUR, 1 MAC: Majlis Datuk Dato Malaysia (MDDM) telah mengemukakan cadangan pindaan untuk beberapa klausa dalam Akta Anugerah 2017 (Akta 787) kepada Peguam Negara (AG) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).
SHAH ALAM, 1 MAC: Wakil rakyat Balakong mencadangkan Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dianjur selepas waktu bekerja.
PUTRAJAYA, 1 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 13 kes berkaitan cuaca panas sejak minggu pertama hingga kesembilan tahun ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.