KUALA KANGSAR, 9 MEI: Lapan rakan masing-masing didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasuki Hutan Simpan Banding tanpa permit pada Mac lepas.
KOTA BHARU, 9 MEI: Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan cedera parah terhadap kawan baiknya dengan menggunakan asid sulfurik.
SHAH ALAM, 8 MEI: Lebih 1,500 tetamu memeriahkan Majlis Muhibah Aidilfitri Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini, hari ini.
SIK, 8 MEI: Seorang lelaki tersesat selama enam jam di kawasan ladang getah dan kelapa sawit di Felda Teloi Kanan di sini selepas menggunakan aplikasi pandu arah.
HULU SELANGOR, 8 MEI: Van bakal disediakan sekitar Kuala Kubu Bharu (KKB) bagi mengembangkan lagi sektor pelancongan sekali gus mampu meningkatkan ekonomi setempat.
KUALA LUMPUR, 8 MEI: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghalang tugas dan mengeluarkan kata kesat kepada pegawai kanan polis berpangkat ASP, tiga hari lepas.
KUALA LUMPUR, 8 MEI: Perkhidmatan laluan Monorel kembali beroperasi sepenuhnya pada 5 petang ini dengan kekerapan tren kembali normal kepada tujuh minit di waktu puncak.
PUTRAJAYA, 8 MEI: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan bahawa pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal menjadi sasaran seterusnya selepas insiden tonggak Harimau Malaya Faisal Halim cedera disimbah asid Ahad lalu.
KUALA LUMPUR, 8 MEI: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan penguatkuasaan penalti sebanyak 10,000 Riyal (SAR10,000) bagi pelanggaran peraturan dan arahan musim haji termasuk memasuki tujuh kawasan tanpa permit haji.
KUALA LUMPUR 8 MEI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengenal pasti pemilik akaun media sosial dikenali Muhammad Imran Suresh berhubung kenyataannya mengenai kejadian simbah asid pemain skuad Harimau Malaya, Faisal Halim.
PUTRAJAYA, 8 MEI: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mewujudkan ciri 'peranan peguam' bagi membolehkan golongan itu mengemukakan borang nyata cukai keuntungan harta tanah (BNCKHT) pembayar cukai menerusi e-CKHT di portal MyTax.
SINAI (Mesir), 6 MEI: Sempadan Rafah yang menghubungkan Gaza dengan Mesir masih dibuka untuk laluan penghantaran bantuan kemanusiaan dan penumpang, kata sumber dari Mesir dan pihak berkuasa sempadan di Gaza pada Isnin, lapor agensi berita Jerman (dpa).
KUALA LUMPUR, 6 MEI: Akses terlalu mudah kepada media sosial terutamanya kandungan berunsur seks adalah antara penyebab masalah sosial dalam kalangan kanak-kanak masa kini.
SHAH ALAM, 6 MEI: Kerajaan Negeri prihatin terhadap pembangunan Islam dengan melaksanakan pelbagai penambahbaikan dan aktiviti melibatkan masjid dan surau.
PETALING JAYA, 6 MEI: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memastikan kawalan keselamatan terhadap barisan pemain kebangsaan dipertingkatkan sepanjang tugasan rasmi bersama skuad Harimau Malaya.
KUALA LUMPUR, 6 MEI: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengarahkan syarikat bas yang terbabit dalam isu pemandunya bertindak kasar terhadap seorang penumpang, untuk menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan insiden serupa tidak berulang.
KUALA LUMPUR, 6 MEI: Penyanyi dan pelakon veteran Datuk Abdul Hail Amir meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 3.43 petang ini.
KUALA LUMPUR, 6 MEI: Pengeluar pesawat, Airbus merancang untuk melabur dalam simulator penerbangan helikopter ketiganya di Subang, Selangor, dengan operasi dijangka bermula menjelang 2026.
KUALA LUMPUR, 6 MEI: Tempoh reman terhadap lima pegawai dan anggota polis yang ditahan bagi membantu siasatan dakwaan kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta, akan disambung berikutan akan tamat esok.
HULU SELANGOR, 5 MEI: Calon Kerajaan Perpaduan bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu berazam memberi tumpuan meningkatkan mutu prasarana awam termasuk kemudahan sukan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.