KUALA NERUS, 27 JULAI: Kehidupan seorang pemuda di Kampung Kuala Tepuh di sini, berubah sekelip mata apabila kini hanya mampu terlantar di katil dengan ususnya di luar badan selepas kejadian dihempap dinding konkrit ketika membaiki surau lima bulan lepas.
KUALA LUMPUR, 27 JULAI: Aktiviti seni bela diri seperti taekwondo berupaya membantu kanak-kanak dan para remaja menjauhi budaya atau perlakuan negatif.
KUALA LUMPUR, 27 JULAI: Umat Islam dinasihatkan mengelak daripada mendapatkan nasihat dan meletakkan harapan kepada bomoh kerana dikhuatiri akan menjejaskan akidah.
Oleh Danial Dzulkifly KUALA LUMPUR, 27 JULAI: Inisiatif Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melaksana Dasar Pelepasan Sifar (ZDP) dan Prinsip Pencemar Membayar (PPP) memperkasa projek pengurusan sumber air negeri. Ketua penolong pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai LUAS...
PUTRAJAYA, 27 JULAI: Jabatan Imigresen menumpaskan dua sindiket pelacuran warga asing dengan menahan 117 individu termasuk 85 wanita warga asing dalam operasi khas yang dijalankan di tujuh lokasi di Seremban, Negeri Sembilan dan Seri Kembangan, Selangor pada Rabu dan Khamis lepas.
KUALA LUMPUR, 27 JULAI: Pengawal keselamatan Kompleks Seri Perdana Mohd Nuramin, yang terlibat dalam nahas jalan raya baru-baru ini menerima sumbangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SEPANG, 26 JULAI: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menerima hampir 8,000 bantahan kadar cukai taksiran baharu sehingga tarikh tutup permohonan semalam.
KUALA LUMPUR, 26 JULAI: Penerjun negara Bertrand Rhodict Lises dan Nur Dhabitah Sabri melangkah ke kota Paris dengan memikul tugas berat untuk mengembalikan 'maruah’ kem terjun negara di Sukan Olimpik 2024.
KUALA LUMPUR 26 JULAI: Seramai 25 pendatang tanpa izin ditahan dalam beberapa serbuan di 26 premis di sekitar Lembah Klang semalam kerana disyaki tidak mempunyai dokumen pengenalanan diri yang sah.
PUTRAJAYA, 26 JULAI: Sebanyak 3,950 pengambilan meliputi 3,200 pegawai perubatan, 350 pegawai pergigian dan 400 pegawai farmasi akan dibuat menerusi pelantikan secara kontrak (interim), kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
SHAH ALAM, 26 JULAI: Selangor mencatat bilangan hari persidangan dewan negeri tertinggi berdasarkan laporan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).
KUALA LUMPUR, 26 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi perhatian dan keutamaan kepada pembangunan semula Pasar Dato Keramat, di sini yang dilihat sangat daif.
KUALA LUMPUR, 26 JULAI: Rancangan Selangor Pertama (RS-1) akan meningkatkan peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri sehingga 0.5 peratus pada masa akan datang.
KUALA LUMPUR, 26 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM6 juta kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) untuk meningkatkan kekuatan gerakan koperasi di seluruh negara.
KUALA LUMPUR, 26 JULAI: Kedudukan geografi yang strategik menjadi antara faktor Selangor mampu membangun pesat hingga menjadi penyumbang tertinggi ekonomi negara.
PARIS, 26 JULAI: Sukan Olimpik edisi ke-33 yang membuka tirai secara rasminya malam ini hingga 11 Ogos, menandakan kembalinya kota Paris sebagai tuan rumah setelah kali terakhir menganjurkan temasya terbesar dunia itu seabad lepas.
KUALA LUMPUR, 24 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia menzahirkan sokongan padu buat kontinjen negara yang menggalas misi merealisasikan impian emas pertama di temasya Sukan Olimpik Paris 2024, yang bermula esok.
KOTA BHARU, 24 JULAI: Kelantan tidak membenarkan sebarang bentuk aktiviti hiburan atau bunyi-bunyian muzik pada setiap malam Jumaat.
JOHOR BAHRU, 24 JULAI: Polis menahan seorang pengasuh wanita disyaki melakukan penderaan dan pengabaian bayi di kediamannya di Bandar Dato’ Onn di sini, Isnin lepas.
SHAH ALAM, 24 JULAI: Status pemulihan bekalan air di kawasan terlibat henti tugas sementara empat loji rawatan air (LRA) mencapai 55.2 peratus setakat 9 malam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.