SHAH ALAM, 13 OGOS: Hari ini genap 100 hari serangan asid yang menimpa pemain Selangor FC Faisal Halim pada 5 Mei di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya tetapi siapa pelakunya? Insiden tersebut dipercayai pertama kali berlaku melibatkan atlet negara mengakibatkan Faisal yang mesra digelar...
MELAKA, 13 OGOS: Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah menurun kepada 237 mangsa daripada 61 keluarga setakat 7 pagi ini berbanding 407 mangsa daripada 121 keluarga pada 7.30 malam tadi.
SHAH ALAM, 13 OGOS: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) kembali ke lima lokasi hari ini bermula jam 10 pagi.
PARIS, 13 OGOS: Malaysia menamatkan cabaran Sukan Olimpik Paris 2024 di tempat ke-80 bersama Albania, Grenada dan Puerto Rico selepas meraih dua pingat gangsa, tanpa kilauan emas yang diidam-idamkan selama ini.
MUAR, 11 OGOS: Suspek utama kes bunuh tiga sekeluarga di Kampung Paya Redan, Pagoh di sini Jumaat lepas, kini diburu polis dan dipercayai melarikan diri dengan menunggang motosikal jenis Honda Wave berwarna merah.
PARIS, 11 OGOS: Selepas 18 tahun berkhidmat dengan pasukan berbasikal trek kebangsaan, John Beasley kini boleh menggelarkan Malaysia sebagai rumahnya.
AMPANG JAYA, 11 OGOS: Kesemua 12 peniaga di Medan Selera AU5 Lembah Keramat yang terbakar dua minggu lalu akan memulakan operasi di tapak sementara bermula minggu depan.
KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan kerana menceroboh dan menyamar sebagai petugas di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang pada Khamis lepas telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sepang untuk tindakan lanjut.
GOMBAK, 11 OGOS: Kerajaan Selangor bertekad memulih dan memperkasakan ekonomi bagi membantu penduduk menikmati kehidupan lebih baik pada masa depan.
SEREMBAN, 11 OGOS: Wanita yang cedera ditikam suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Bahau semalam, dibenarkan pulang pagi tadi selepas menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dekat sini.
KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Kemunculan pemain sayap Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim yang ‘bertopeng’ dalam sesi pemanas badan pasukan pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA, Sabtu lepas mencuri tumpuan umum.
ALOR SETAR, 11 OGOS: Masyarakat harus sentiasa dididik agar lebih peka terhadap pelbagai tipu helah dan taktik digunakan oleh penipu atau 'scammer' yang menjalankan aktiviti penipuan dalam talian.
SHAH ALAM, 11 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang sehingga 2 petang.
KUALA LUMPUR, 10 OGOS: Polis terpaksa melepaskan lima das tembakan ke arah dua kenderaan dinaiki empat penjenayah selepas mereka bertindak agresif melanggar kereta peronda polis di Jalan Pekan Batu 11 di Balakong dekat sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 10 OGOS: Komen yang dikeluarkan oleh warganet terhadap para atlet Sukan Olimpik Paris 2024 di media sosial boleh dianggap buli siber sekiranya memberi kesan ke atas mental mereka, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
KAMPAR, 10 OGOS: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kajian untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) mencakupi seksyen berkaitan hukuman bagi pesalah yang membuang sampah merata-rata.
ANKARA, 10 OGOS: "Gaya Yusuf Dikec" kini menjadi trend terbaharu dalam kalangan atlet di Sukan Olimpik Paris 2024, lapor Agensi Anadolu.
AMPANG JAYA, 10 OGOS: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi memperkasa pemantauan sumber air negeri.
KUALA LUMPUR, 10 OGOS: Polis telah mengenal pasti dan kini giat mengesan keberadaan penyerang dua wanita dalam kejadian di tandas Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah, Kelana Jaya, Petaling Jaya, semalam.
KUALA LANGAT, 10 OGOS: Seramai 20 jemaah haji di Dewan Undangan Negeri (DUN) Banting menerima Insentif Haji Muassasah bernilai RM1,000 setiap seorang hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.