Amalan penjarakan sosial dilakukan ketika penyerahan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) daerah Klang di Pejabat Tanah dan Daerah Klang pada 4 Jun 2020.
Pengunjung mematuhi penjarakan sosial ketika menjamu selera di Restoran Me'nate, Shah Alam pada 3 Jun 2020.
Seorang petugas keselamatan memeriksa suhu badan pengunjung sebelum dibenarkan masuk ke Bangunan SUK Selangor, Shah Alam pada 3 Jun 2020.
Petugas Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak memasang hos bagi membersihkan sisa diesel yang memasuki Sungai Siah selepas kemalangan membabitkan lori tangki diesel dan van keselamatan di Kilometer 389.5 Lebuhraya Utara-Selatan pada 29 Mei 2020.
Pematuhan penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka diutamakan ketika program Kempen Jom Derma Darah anjuran Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang diadakan di Pusat Membeli-belah Aeon, Shah Alam pada 28 Mei 2020.
Suasana sekitar Pasar Agro Selangor secara pandu lalu bertempat di Seksyen 13, Shah Alam pada 23 Mei 2020.
Nadzeera Adzra'ai, 21, dan Muhammad Murqi Irfan, 18, meluangkan masa bermain catur sementara menunggu waktu berbuka puasa di Seksyen 13, Shah Alam pada 20 Mei 2020.
Tukang jahit, Zuriati Ishak menyiapkan tempahan baju pelanggan sempena Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Meru, Klang pada 19 Mei 2020.
Seorang petugas meninggalkan kawasan Masjid Negeri, Shah Alam selepas waktu solat Jumaat pada 15 Mei 2020 ekoran ketetapan Kerajaan Negeri yang tidak membenarkan orang ramai berkumpul atau melakukan solat Jumaat secara beramai-ramai di masjid bagi membendung penularan Covid-19.
Seorang penjawat awam mengimbas kod QR menggunakan aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) di Bangunan SUK Selangor, Shah Alam pada 14 Mei 2020.
Seorang petugas menyusun barangan sumbangan ketika majlis penyerahan Kasih Ramadan anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor berlangsung di Kediaman Rasmi Dato' Menteri Besar, Shah Alam pada 12 Mei 2020.
Seorang pengunjung membelek pakaian di salah sebuah kedai di Kompleks PKNS, Shah Alam yang kembali beroperasi bermula 6 Mei 2020 selepas ditutup sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19.
Pengawal keselamatan memeriksa suhu badan pengunjung sebelum dibenar memasuki Kompleks PKNS, Shah Alam yang kembali beroperasi pada 6 Mei 2020 susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Lebuhraya Persekutuan dipenuhi kenderaan pada sebelah petang di waktu pengguna lebuh raya pulang ke rumah selepas tamat waktu bekerja pada 5 Mei 2020.
Dua pekerja Restoran Khulafa di Seksyen 14, Shah Alam menyusun meja mengikut tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan kerajaan iaitu mesti dijarakkan paling kurang satu meter bagi setiap meja pada 3 Mei 2020 sebelum beroperasi semula.
Tiga sukarelawan melakukan kemasan pada pemegang pelindung muka yang dihasilkan di Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada 22 April 2020.
Pekerja di Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang Seksyen 13, Shah Alam menyusun hasil laut untuk dibungkus dan diedarkan mengikut tempahan pada 22 April 2020.
Pemain bola sepak Selangor, Sean Eugene Selvaraj, 24, melakukan latihan secara solo di kediamannya di Seksyen 13, Shah Alam pada 21 April 2020 ekoran Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengelakkan wabak Covid-19.
Pasukan petugas kesihatan Selcare menjalankan saringan komuniti Covid-19 dari rumah ke rumah anjuran Kerajaan Selangor secara percuma di Rantau Panjang, Klang pada 19 April 2020.
Saringan Komuniti Covid-19 secara pandu lalu inisiatif Kerajaan Negeri dibantu oleh Pejabat Kesihatan Daerah dilakukan di Seksyen 7, Shah Alam pada 18 April 2020.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.