Peserta pertandingan mini wau kapal melepaskan wau untuk dinilai juri di Padang Awam, Sungai Buloh pada 12 Julai 2020.
Keselamatan pengguna diutamakan ketika menggunakan laluan pejalan kaki berbumbung baharu yang turut dilengkapi dengan butang kecemasan serta menghubungkan Pusat Kewangan dan Korporat Puchong (PFCC) ke LRT Taman Perindustrian Puchong di Bandar Puteri Puchong pada 11 Julai 2020.
Petugas menunjukkan poskad serta aplikasi dalam talian, e-Cencus yang digunakan bagi melengkapkan proses bancian penduduk ketika sidang media pelaksanaan banci penduduk dan perumahan Malaysia (MyCensus2020) berlangsung di Seksyen 13, Shah Alam pada 10 Julai 2020.
Pengunjung merakam gambar keindahan tasik dan alam semulajadi yang terdapat di Paya Indah Discovery Wetlands, Kuala Langat pada 8 Julai 2020.
Fenomena gerhana matahari separa berjaya dirakamkan di Shah Alam pada 21 Jun 2020.
Seorang kanak-kanak menunjukkan tiket masuk ke Taman Botani Negara, Shah Alam ketika berkunjung ke kawasan itu bersama keluarga pada 21 Jun 2020.
ADN Sentosa, Dr G Gunaraj mengedarkan makanan kepada penduduk setempat ketika sambutan Aidilfitri diadakan secara pandu lalu di hadapan Masjid Al-Baraqah, Klang pada 20 Jun 2020.
Skuad berbasikal pelapis Selangor menjalani latihan sejauh 150km bermula dari Taman Seri Pekan, Klang pada 20 Jun 2020.
Abdul Rahim Mat, 80 (kanan) menunjukkan kad kebenaran khas menunaikan solat Jumaat di Masjid Diraja Sultan Suleiman pada 19 Jun 2020.
Seorang petugas memeriksa suhu badan pengunjung sebelum membenarkannya memasuki kawasan tapak pasar malam di Seksyen 6, Shah Alam pada 16 Jun 2020.
Atlet menembak Selangor, Harith Iklil, 20, (kiri) bersama Rashbinder Singh, 21, menjalani latihan di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang pada 16 Jun 2020.
Pengunjung melakukan aktiviti mendaki di Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya pada 16 Jun 2020 selepas kawasan itu dibuka semula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
Suasana pengunjung melakukan aktiviti wall climbing di Camp 5, Kuala Lumpur pada 15 Jun 2020 selepas fasiliti itu dibuka semula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan berlangsung.
Pengunjung membeli makanan di TAPAK Seksyen 9, Shah Alam yang menghimpunkan pengusaha kendera saji ketika tinjauan pada 11 Jun 2020.
Pengunjung menjamu selera di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Plaza Tol Awan Besar, Kuala Lumpur pada 10 Jun 2020 selepas gerai makanan di semua kawasan RnR dibenarkan beroperasi sepenuhnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Petugas memeriksa suhu badan seorang warga emas sebelum dibenarkan memasuki bangunan pentadbiran Pejabat Daerah Hulu Langat, Bangi pada 9 Jun 2020.
Anggota tentera dan polis mengikuti siaran langsung perutusan khas perdana menteri berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ketika melakukan rondaan di Taman Langat Murni, Kuala Langat pada 7 Jun 2020.
Sukarelawan Bulan Sabit Merah daerah Sepang mengagihkan keperluan barangan asas kepada penduduk di Pangsapuri Taman Langat Utama, Kuala Langat yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pentadbiran pada 7 Jun 2020.
Gerai menjaja makanan sarapan pagi di Seksyen 6, Shah Alam meletakkan notis dan bangku di hadapan gerai bagi memastikan penjarakan sosial dilakukan ketika pelanggan memesan makanan pada 6 Jun 2020.
Seorang pengunjung berjoging di atas jambatan berlatarbelakangkan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Taman Tasik, Shah Alam pada 5 Jun 2020.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.