Seorang petugas Air Selangor meninjau keadaan air di ruang perangkap pasir (sand hopper) di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2, Kuala Selangor pada 19 Oktober 2020.
Seorang petugas Air Selangor menghidu sampel air yang diambil di muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2, Kuala Selangor pada 19 Oktober 2020.
Mohd Helmi Husin, 48, mengangkat anaknya Nia Azzad, 5, keluar daripada rumah mereka yang telah dinaiki air berikutan fenomena air pasang besar di Kampung Sungai Janggut, Klang pada 18 Oktober 2020.
Sebuah van syarikat penghantaran barangan dan pos membantu beberapa penunggang motorsikal menyeberangi kawasan jalan raya yang dinaiki air berikutan fenomena air pasang besar di Jalan Pasir Penambang, Kuala Selangor pada 18 Oktober 2020.
Seorang pengawal keselamatan melakukan rondaan sekitar Pencawang Elektrik Masuk Utama Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Seksyen 8, Shah Alam pada 15 Oktober 2020.
Md Dida, 24 menyusun bekalan tong gas memasak di sebuah kedai pengedar sah barangan itu di Seksyen 7, Shah Alam sebelum diagihkan kepada pembeli pada 14 Oktober 2020.
Pang Kim Soo, 67, dikenali masyarakat setempat sebagai tukang kunci paling lama di Jalan Istana, Klang.
Sangkar ternakan ikan milik Ikon Agro Selangor, MIE Agro berkeluasan 6,000 meter persegi memuatkan 220 kelong yang menempatkan pelbagai spesies seperti ikan merah, jenahak, siakap dan bawal mas di Pulau Ketam, Klang.
Pekerja Marget Rumansah, 19, menyembur baja cecair yang membantu tumbesaran tanaman timun di ladang yang diusahakan Bumi Suria Tech Sdn Bhd di Jalan Kebun, Shah Alam pada 8 Oktober 2020.
Beberapa pekerja binaan menyambungkan rangka besi di atas bahan plastik tahan lasak (jet float) bagi pembinaan jambatan terapung di Taman Tasik Shah Alam pada 7 Oktober 2020 yang bakal menjadi tarikan terbaharu kepada pengunjung dan dijangka siap pada November ini.
Ketua Eksekutif Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (SITEC) Yong Kai Ping diwawancara oleh Media Selangor di Ibu Pejabat SITEC, Shah Alam pada 6 Oktober 2020 mengenai pembangunan ekonomi digital.
Norfaznina Mohammad Razif, 21, dan adiknya Muhammad Fazriq, 16, berswafoto bersama Monumen Badminton Keluarga Dato' Haji Sidek di Kanchong Darat, Banting pada 4 Oktober 2020.
Usahawan Hijrah Mariam Hassan, 39, bersama suami Mohammad Syafiee Ambok Dalek, 37, meneliti kualiti jahitan jubah konvokesyen yang telah siap di Damansara Damai, Petaling Jaya pada 2 Oktober 2020.
EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han menerima Buku Laporan Matlamat Pembangunan Mampan - Bandar Rendah Karbon (SDG-LCC) Majlis Perbandaran Klang (MPK) 2020-2022 yang disampaikan oleh Yang Dipertua Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dalam Majlis Anugerah Bandar MPK 2020 berlangsung di Bandar Bukit Tinggi, Klang pada 29 September 2020.
Penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengiringi kenderaan kakitangan Sime Derby Property yang memandu di Persiaran Shorea selepas perasmian persiaran itu di Seksyen U5, Shah Alam pada 28 September 2020.
Usahawan Shafahira Hair Johari, 47, menggunakan teknik balutan besi halus pada butiran manik untuk menghasilkan perhiasan gelang tangan di Pusat Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Petaling Jaya pada 27 September 2020.
Sebahagian peserta bengkel pembuatan kek di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa, Klang menyiapkan bahan adunan untuk penghasilan kek pada 26 September 2020.
Fairuz Izzuddin, 33, melakukan proses kemasan jahitan beg kepit wanita (clutch bag) untuk dipasarkan sebagai salah satu produk Tanjung Suri di Jalan Kebun, Shah Alam pada 26 September 2020.
Kerja pemasangan jaring keselamatan dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga di kawasan tapak pembinaan transit aliran ringan (LRT 3) di Persiaran Kerjaya, Shah Alam pada 21 September 2020.
Pengunjung membeli peralatan perkhemahan bagi keperluan riadah di pusat peralatan sukan Decathlon, Shah Alam pada 21 September 2020.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.