Penghantar barangan aplikasi Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (SELDEC) menunjukkan isyarat bagus ketika menunggu giliran menerima sumbangan menerusi Inisiatif Roda Darul Ehsan (RIDE) yang disampaikan Dato' Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari dalam majlis penyerahan yang berlangsung di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam pada 14 Disember 2020.
Wakil Kebun Komuniti Bandar Utama 12 Kong Ah Chu, 66, meneliti peralatan berkebun yang diterimanya dalam satu majlis di Seksyen 35, Shah Alam pada 13 Disember 2020.
Gedung buku BookXcess di pusat beli-belah Tropicana Gardens, Petaling Jaya menawarkan ribuan buku pelbagai genre dijual pada harga berpatutan kepada pengunjung.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin bersama Timbalan Pengarah (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor Abdul Razak Deraof bergambar bersama bingkai janji memerangi rasuah sempena Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA2020) peringkat Selangor di Bangunan MPK, Klang pada 9 Disember 2020.
Sarah Low May Poh, 31(kanan), bersama rakannya melihat mural kesedaran jauhi dadah di laluan pejabat Persatuan Mencegah Dadah (PEMADAM) Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 8 Disember 2020.
Kurator Kanan Muzium Seni Asia Zahirah Noor Zainol Abidin menghamparkan baju Kebaya Selangor milik Tengku Ampuan Zabadeh Almarhum Sultan Abdul Jalil yang disimpan di Muzium Seni Asia, Petaling Jaya.
Program Saringan Komuniti Covid-19 percuma diadakan di Dewan Orang Ramai Meru 3, Klang pada 2 Disember 2020.
Ahli Dewan Negeri Sentosa G Gunarajah menghulurkan sumbangan makanan ketika majlis sambutan Deepavali secara pandu lalu di hadapan pusat khidmatnya pada 29 November 2020.
Beberapa ekor burung hinggap di kubah Masjid Diraja Sultan Alaeddin, Banting ketika gambar ini dirakamkan pada 26 November 2020.
Pekerja kilang Nik Norhayati Nik Him, 45, berswafoto bersama anaknya ketika melalui laluan sepanjang 200 meter dihiasi pokok Bauhinia Kockiana atau Ketup-ketup selepas beriadah di Taman Rekreasi Hutan Bandar, Subang Jaya pada 23 November 2020.
Mohd Hilmi Halim, 24, menyemak dokumen menerusi telefon pintarnya ketika menunggu giliran temuduga dalam Jelajah Selangor Bekerja 2020 di Taman Gombak, Batu Caves pada 21 November 2020.
Pusat Kawalan Pintar Infrasel di Bangunan SUK Selangor, Shah Alam berfungsi memantau kerosakan dan menyelenggara jaringan jalan raya seluruh Selangor.
Pekerja Ah Huat Fishery Ridzwan Radzi (kanan), 32, mengangkut ikan daripada bot nelayan menggunakan kren khas di Jeti Bagan Pasir, Tanjong Karang pada 13 November 2020.
Petugas menyusun kotak pelitup muka kanak-kanak ke dalam lori kontena pada 7 November 2020 di SS14, Subang Jaya sebelum diterbangkan ke Sabah untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
Mohd Nazril Izhar, 9, (dua, kiri) membantu anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengagihkan bantuan makanan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Kajang pada 4 November 2020.
T.
Shalinee Priya Nadesan, 21, melakar rekaan inai di tangan peminat seni itu ketika mereka berkunjung ke e-bazar program Pembangunan Usahawan India Selangor (SITHAM) di pusat beli-belah Galaxy Ampang, Ampang pada 1 November 2020.
Kontraktor seliaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan kerja pemasangan pembahagi jalan baharu bertujuan meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya di Seksyen 4, Shah Alam pada 25 Oktober 2020.
Pembantu siak berada di tingkat atas menara azan terletak bertentangan kubah di Masjid Raja Alang, Hulu Langat yang berusia lebih 100 tahun pada 23 Oktober 2020.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memberikan maklum balas dalam sidang media isu pencemaran bau di Sungai Selangor di Bangunan SUK Selangor, Shah Alam pada 21 Oktober 2020.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.