Kekurangan pelanggan memaksa E Ramasamy, 73, menutup awal operasi kedai runcitnya di Taman Seri Reko, Kajang pada 3 Februari 2021.
Petugas Jabatan Alam Sekitar mengambil sampel di kawasan pembuangan bahan kimia sekitar rizab Sungai Langat di Taman Seri Reko, Kajang pada 3 Februari 2021.
Seorang pengunjung melewati salah sebuah gerai jualan di pasar tani Seksyen 13, Shah Alam pada 31 Januari 2021.
Warga emas Hamidah Jiddun, 63, menunjukkan pelbagai barangan yang dibeli pada harga yang berpatutan ketika aktiviti jualan segar dari ladang PKPS Prihatin di Pangsapuri Rimba Jaya, Shah Alam pada 30 Januari 2021.
Seorang pengamal media mengikuti perasmian program Selangor Kerjaya disempurnakan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Facebook Media Selangor di telefon pintar pada 26 Januari 2021.
Peniaga takoyaki Khalid Idris, 56, memulakan perniagaan pertama beliau di Pusat Penjaja Dataran Puchong Prima, Puchong pada 17 Januari 2021 selepas kehilangan kerja sebagai pembantu kedai berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.
Sekatan jalan raya dilakukan oleh anggota polis dan tentera di laluan keluar masuk Plaza Tol Bukit Jelutong, Shah Alam pada 16 Januari 2021, hari keempat Perintah Kawalan Pergerakan.
Anggota polis memeriksa dokumen merentas negeri daripada salah sebuah kenderaan ketika sekatan jalan raya diadakan di Plaza Tol Bukit Jelutong, Shah Alam pada 16 Januari 2021.
Seorang lelaki berjoging bersendirian di Seksyen 4, Shah Alam pada 16 Januari 2021.
Kapasiti pengunjung dihadkan kepada 30 orang pada satu-satu masa dan diwajibkan melakukan penjarakan sosial serta memakai pelitup muka ketika berada di Pasar Seksyen 6, Shah Alam ketika tinjauan hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 14 Januari 2021.
Orang ramai beratur menunggu giliran menempah makanan di salah sebuah kedai makan di Seksyen 6, Shah Alam pada 14 Januari 2021.
Peniaga sushi Emier Muhamad Danish Mustapa Kamal, 27, menyediakan tempahan pelanggan ketika berniaga di tapak penjaja sementara SS6/14, Petaling Jaya pada 12 Januari 2021.
Fakhrul Ariffin Abdul Jalil,13, menjalani ujian calitan ketika program saringan komuniti Covid-19 secara percuma diadakan di Taman Sri Muda, Shah Alam pada 7 Januari 2021.
Warganegara Bangladesh Rabiul Awal, 33, yang bekerja di sebuah pusat mencuci kereta menjalani ujian calitan dalam program saringan komuniti Covid-19 Taman Sri Muda, Shah Alam pada 7 Januari 2021.
Nor Aliya Maisara Jalani, 11, ditenangkan bapanya ketika menjalani ujian calitan dalam program saringan komuniti Covid-19 Taman Sri Muda, Shah Alam pada 7 Januari 2021.
EXCO Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Rodziah Ismail menyerahkan sijil penghargaan kepada peserta selepas merasmikan penutupan seminar latihan laman hijau strata 2.0 di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 28 Disember 2020.
Pemandangan pusat bandar Kuala Lumpur memaparkan bayang Menara Berkembar Petronas (KLCC) ketika imej dirakamkan dari tingkat 86 menara itu pada 27 Disember 2020.
Kamsiah Basik, 59, bersama ibu Kamariah Karim, 75, (kanan) bersenam menggunakan kemudahan gimnasium yang disediakan di kawasan rekreasi Hutan Bandar USJ3, Subang Jaya pada 25 Disember 2020.
Peserta melakukan praktikal kaedah urutan bayi ketika mengikuti kursus perbidanan tradisional masyarakat India menerusi program Hijrah Zero to Hero di Bandar Puteri Puchong, Puchong pada 20 Disember 2020.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.