Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama barisan EXCO usai lawatan ke Pusat Operasi Smart Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 3 Mac 2021.
Anggota bomba menyembur air pada permukaan tanah bagi mengawal kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, Kuala Langat pada 3 Mac 2021.
Zakaria Hashim, 75, yang pertama kali menjalani ujian calitan ditenangkan isteri Nor Salmah Yatimin, 67, pada program Saringan Komuniti Covid-19 bersasar secara percuma di Stadium Mini Sungai Besar, Sabak Bernam pada 25 Februari 2021.
Seorang anggota polis wanita kelihatan tenang semasa menjalani ujian calitan dalam Saringan Komuniti Covid-19 bersasar secara percuma di Stadium Mini Sungai Besar, Sabak Bernam pada 25 Februari 2021.
Penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengagihkan bekalan air kepada penduduk Pangsapuri Lembah Subang 2, Petaling Jaya pada 24 Februari 2021.
Pembuat wau kapal Selangor Muskhan Kastubi, 62, menerbangkan wau yang telah disiapkan di Kampung Sungai Buaya, Banting pada 19 Februari 2021 untuk menguji kualiti sebelum diserahkan kepada pelanggan.
Mustafa Suratin, 53, meraut tempurung kelapa jenis mawar kuning di kediamannya di Kampung Sijangkang, Kuala Langat untuk dijadikan produk kraftangan pada 19 Februari 2021.
Keo Hui En, 11, berdoa sambil memegang lilin teratai di kuil Fo Guang Shan Dong Zen, Kuala Langat pada 12 Februari 2021.
Seorang pengunjung berdoa sebelum memasuki ruang upacara sembahyang di Shah Alam Buddhist Society, Shah Alam pada 12 Februari 2021.
Sukarelawan Joanne Lee, 60, menulis kaligrafi cina di atas tanglung yang mengandungi mesej nasib baik sempena Tahun Baharu Cina di Shah Alam Buddhist Society, Shah Alam pada 12 Februari 2021.
Orang ramai beratur menunggu giliran untuk berurusan di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Shah Alam pada 10 Februari 2021.
Anggota polis meneliti dokumen kebenaran merentas daerah dari salah sebuah kenderaan yang melalui sekatan jalan raya di Plaza Tol Damansara, Petaling Jaya pada 10 Februari 2021.
Pekerja kedai serbaneka Fun N Cheer di Shah Alam menggantung tanglung untuk dijual sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada Jumaat.
Pemilik pasar raya Weng Foon Sdn Bhd di Shah Alam Ng Ngunhin, 54, (kiri) dibantu anak saudara Ng Zheyi, 18, menimbang herba ginseng Amerika yang dijual di kedainya menggunakan alatan tradisional.
Tukang jahit Lia Yunita Ruslan, 34, menunjukkan aneka warna dan motif kebaya nyonya yang disiapkan mengikut tempahan pelanggan.
Jamilah Abdullah, 76, mempamerkan gerakan ‘membelah mega’ ketika melakukan senaman taichi di kediamannya di Seksyen 8, Shah Alam pada 8 Februari 2021.
Pekerja restoran Chicken Rice Guys Shah Alam Rizqi Ansari, 20, menyiapkan tempahan pelanggan yang diterima secara dalam talian pada 5 Februari 2021.
Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khe Beng Ammar Amsyar Ahmad Farhan, 7, menyelesaikan soalan matematik menggunakan sempoa ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di Jalan Kebun, Shah Alam pada 5 Februari 2021.
Kontraktor Air Selangor melakukan kerja pemasangan paip besi mulur (DI) di Persiaran Raja Muda, Shah Alam pada 4 Februari 2021.
Pelajar Sekolah Kebangsaan Kajang Utama K Kugendran, 7, (kanan) mengisi masa lapang bermain badminton usai pembelajaran dalam talian bersama saudaranya N Nitesh, 7, di perkarangan rumahnya di Jalan Reko, Kajang pada 3 Februari 2021.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.