Jarak selamat satu meter ditanda di kaunter pembayaran pusat membeli-belah Central i-City, Shah Alam pada 26 Mac 2020.
Pasukan polis dibantu tentera melakukan sekatan jalan raya di Lebuhraya Guthrie menghala ke Shah Alam pada hari keenam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan Covid-19 pada 23 MAC 2020.
Petugas keselamatan mengawal pintu masuk utama bersebelahan notis larangan kemasukan individu yang mempunyai simptom jangkitan wabak Covid-19 di Maybank TTDI Jaya, Shah Alam pada 23 Mac 2020.
Petugas keselamatan, Shukri, 58, menampal memo penutupan dan larangan aktiviti keagamaan termasuk solat jumaat di Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang.
Anggota polis melakukan sekatan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan berhadapan Bangunan Majlis Perbandaran Klang (MPK), Klang pada harinketiga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan Covid-19 pada 20 MAC 2020.
Kabanyakan peniaga dan pembeli memakai penutup hidung dan mulut ketika berada di Pasar Seksyen 6, Shah Alam bagi mengekang penularan Covid-19 pada 19 Mac 2020.
Seorang petugas melakukan kerja-kerja pembersihan di lobi utama Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Shah Alam bagi membanteras penularan wabak Covid-19 pada 19 Mac 2020 .
Muazzin Muhammad Mohamad Yusof melaungkan azan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong walaupun aktiviti keagamaan dibatalkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hingga 31 Mac bagi mengawal penularan Covid-19.
Bangunan Pusat Pintar Petaling Jaya atau PJ Smart Centre (PJSC) di Petaling Jaya yang menjadi pusat penyimpanan data bagi sistem merancang dan mengurus bandar dirasmikan Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amurudin Shari pada 10 Mac 2020.
Peserta bergambar ketika Majlis Pelancaran dan Penyerahan Watikah Lantikan Pengarusperdanaan Gender (GM) Negeri Selangor berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam pada 10 Mac 2020.
Peserta menunjukkan kemahiran menimbang bola ketika gimik perasmian sempena Kejohanan Bola Sepak Piala Budak Kampung berlangsung di Bangunan SUK Selangor, Shah Alam pada 9 Mac 2020.
Peserta bergambar bersama bunga yang diterima ketika Majlis Perasmian Hari Wanita Selangor berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 8 Mac 2020.
Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari memerhatikan pukulan yang dilakukan salah seorang peserta di Kejohanan Golf Amal Anjuran Kelab Kebajikan Dan Sukan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat (KKSPDTKL) Bersama Kelab Pegawai Tadbir & Diplomatik Selangor Darul Ehsan (KPTDSE) berlangsung di Amverton Cove Golf & Island Resort Pulau Carey, Kuala Langat.
Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Amin Ahmad Ahya bergambar bersama plak Selangor House dan The Court Selangor selepas majlis menandatangani perjanjian (MoA) bagi membangunkan kedua-dua projek itu di Bangunan SUK Selangor Shah Alam pada 5 Mac 2020.
Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari duduk bersantai dengan Pengarah Urusan GM Klang, Dato' Lim Seng Kok di lorong seni Pusat Pemborong GM Klang di Klang pada 4 Mac 2020.
Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari meneliti fasiliti di Pusat Koordinasi Sistem Mencari dan Menyelamat (RCC) ketika lawatan kerja ke Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KL ATCC), Sepang pada 3 Mac 2020.
Aliran trafik di persimpangan FT29/FT31, Sepang yang sedang dinaik taraf bagi kemudahan penduduk pada 3 Mac 2020.
Kontraktor membuat kerja pemasangan cerucuk di tapak pembinaan jejambat di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat pada 3 Mac 2020.
Orang ramai melawat ruang pameran pelbagai projek perumahan ketika Pelancaran Koleksi Hartanah PKNS berlangsung di pusat membeli-belah SACC Mall, Shah Alam.
Usahawan Hijrah Zariah Mohamad menyerahkan ikan yang dibersihkan kepada pembeli di Pasar Nelayan Sungai Yu, Kuala Selangor pada 28 Februari 2020.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.