Sidang media sumbangan kutipan derma dari Program Selangor Cyber Games bagi Tabung Covid-19 di Kediaman Rasmi Dato' Menteri Besar, Shah Alam pada 17 April 2020.
Sekatan jalan raya dilakukan oleh anggota polis berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi menyekat penularan wabak Covid-19 di Seksyen 24, Shah Alam pada 16 April 2020.
Petugas Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) melakukan kerja-kerja nyahkuman di stesen minyak Petronas, Bandar Saujana Putra bagi menyekat penularan wabak Covid-19 pada 14 April 2020.
Seorang penghantar makanan dalam talian melalui Jalan Lapangan Terbang Subang menghala ke Lebuhraya Persekutuan untuk menghantar tempahan pelanggan pada 13 April 2020.
Sebuah ambulans terpaksa mencelah di antara kenderaan ketika menghampiri sekatan jalan di Lebuhraya Persekutuan dari arah Klang menghala ke Shah Alam pada 10 April 2020.
Seorang jururawat berjalan sambil memerhatikan kawasan kedai di Little India, Klang yang terpaksa ditutup ekoran Perintah Kawalan Pergerakan pada 10 April 2020.
Petugas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan semburan nyahkuman di kawasan perumahan Seksyen 6, Shah Alam pada 8 April 2020.
Seorang kontraktor pembersihan mencuci bumbung berbentuk kubah di Foyer Bangunan SUK Selangor di Shah Alam pada 8 April 2020.
Sebuah lori tunda melalui pemeriksaan anggota polis dan tentera ekoran Perintah Kawalan Pergerakan di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Shah Alam pada 7 April 2020.
Pekerja di stesen minyak Petronas Seksyen 6, Shah Alam membersihkan pintu masuk dengan semburan antiseptik bagi mencegah penularan Covid-19 pada 5 April 2020.
Anggota penguat kuasa wanita Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memberi salam dengan meletakkan tangan ke dada sebagai mengamalkan penjarakan sosial dan membendung wabak Covid-19 di Ibu Pejabat MPS, Batu Caves pada 4 April 2020.
Seorang peniaga menutup pintu kedai berikutan Perintah Kawalan Pergerakan fasa dua di Pekan Dengkil, Kuala Langat pada 3 April 2020.
Sekatan jalan raya untuk Perintah Kawalan Pergerakan fasa dua dilakukan oleh polis bersama anggota tentera di Pekan Dengkil, Kuala Langat pada 3 April 2020.
Penghantar makanan atas talian melalui Plaza Tol Petaling Jaya Selatan, Petaling Jaya yang lengang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19 pada 2 April 2020.
Sukarelawan, Chew See Shin, 45, dibantu isteri menyiapkan pelindung muka di rumah beliau di Seri Kembangan untuk diedarkan kepada petugas hospital dan anggota polis pada 2 April 2020.
Dato' Seri Amirudin Shari melangkah memasuki ruang sidang media sempena pengumuman beliau mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor 2.0 di Kediaman Rasmi Dato' Menteri Besar, Shah Alam pada 1 April 2020.
Penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam meminta pengunjung Pasar Seksyen 6, di sini membasuh tangan dan menjalani saringan suhu badan sebelum dibenarkan masuk susulan Perintah Kawalan Pergerakan pada 1 April 2020.
Petugas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan proses nyahkuman di Pasar MBSA Pekan Subang, Shah Alam akibat penularan wabak Covid-19 pada 29 Mac 2020.
Amar Mokdin, 35 memeriksa tempahan atas talian yang diterima Restoran WOP, Shah Alam pada 28 Mac 2020.
Seorang petugas diperiksa menggunakan penyukat suhu digital oleh anggota keselamatan sebelum dibenarkan memasuki kawasan Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 28 Mac 2020.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.