PUTRAJAYA, 26 OGOS: Pegawai yang terlibat dalam ketirisan perbelanjaan kerajaan tidak akan terlepas daripada tindakan tegas termasuk ditamatkan perkhidmatan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman.
PUTRAJAYA, 26 OGOS: Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Khas (UPSRx) dan Pentaksiran Tingkatan 3 Khas (PT3x) secara dalam talian seperti yang ditawarkan sebuah portal bukan di bawah kendalian Lembaga Peperiksaan dan tiada kaitan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
SHAH ALAM, 26 OGOS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempergiatkan aktiviti pengesanan kontak rapat Kluster Tawar susulan pertambahan tiga kes baharu, kata ketua pengarah kesihatan.
KUALA LUMPUR, 26 OGOS: Institut Ejen dan Perunding Hartanah Profesional Malaysia (MIPEAC) menyatakan bahawa ia percaya cadangan pelaksanaan cukai pengosongan tidak kena pada masanya di tengah-tengah pasaran hartanah yang lemah ketika ini kerana ia mungkin menjejaskan lagi sektor tersebut dan ekonomi.
SHAH ALAM, 26 OGOS: Sebanyak enam kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini melibatkan lima kes tempatan dan satu import, kata ketua pengarah kesihatan.
PUTRAJAYA, 26 OGOS: Prinsip F.A.S.T.E.R - flat, agile, streamlined, tech-enabled, efficient and resilient - perlu digenggam setiap penjawat awam dalam mendepani pandemik Covid-19, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
KUALA LUMPUR, 26 OGOS: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dijangka dapat menyiapkan garis panduan dan tatacara operasi piawai (SOP) berhubung gelembung perjalanan yang dicadang dilaksanakan dengan beberapa negara terpilih minggu depan.
KUALA LUMPUR, 26 OGOS: Pemain sayap skuad kebangsaan dan tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) Muhammad Safawi Rasid, layak beraksi di pentas liga utama Eropah, kata bekas ketua jurulatih skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara Datuk Ong Kim Swee.
GEORGE TOWN, 26 OGOS: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesan sebanyak RM812 juta ketirisan hasil negara bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini dan usaha mendapatkan semula hasil itu daripada syarikat yang terlibat giat dijalankan.
KUALA LUMPUR, 26 OGOS: Seramai 81 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
SHAH ALAM, 26 OGOS: Program Ahli Dewan Negeri Muda Selangor Virtual 2020 mendapat sambutan luar jangkaan apabila 415 permohonan diterima setakat ini, kata speaker Dewan Negeri Selangor (DNS).
SEMENYIH, 26 OGOS: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah menahan 291 individu dan merampas pelbagai jenis barang bernilai RM18.9 juta dalam Op Nyah 1 dan Op Benteng COVID dari awal Januari hingga 24 Ogos tahun ini.
KUALA LUMPUR, 26 OGOS: Kesesakan di laluan keluar masuk ke pantai timur khasnya sewaktu musim perayaan dijangka dapat dikurangkan apabila projek menaik taraf Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Persimpangan Taman Melati, Gombak kini siap sepenuhnya untuk kegunaan pengguna jalan raya bermula hari ini.
KUALA LUMPUR, 26 OGOS: Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam kebanyakan saham wajaran tinggi dengan aktiviti belian dalam saham permodalan kecil dan saham berharga rendah, dalam dagangan yang turun naik, kata peniaga.
SERDANG, 26 OGOS: Mengambil kira situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara, buat julung kalinya Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2020, akan dilaksanakan secara konsep hibrid selama empat hari bermula 26 November ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini.
KEPALA BATAS, 23 OGOS: Kalau nak makan percuma, sebut nama tiga kali, demikian kelebihan seorang nelayan di Penaga sini yang bernama, Mohd Merdeka Ismail.
PUTRAJAYA, 23 OGOS: Kementerian Pendidikan (KPM) membangunkan sistem permohonan kemasukan pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke Sekolah Khusus secara single entry point untuk kemasukan tahun hadapan.
SUBANG JAYA, 23 OGOS: Kos penjimatan pengurusan sampah dan sisa pepejal di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mencecah RM2 juta sepanjang tahun lalu, kata ahli dewan negerinya.
PARIS 23 OGOS: Angka kematian global akibat Covid-19 kini sudah melangkaui 800,000 mangsa dengan lebih 23 juta kes dilaporkan di 196 negara.
PUTRAJAYA, 23 OGOS: Usaha menambah baik proses pengundian pos adalah antara tumpuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika ini bagi mengukuhkan sistem penjalanan pilihan raya negara.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.