SHAH ALAM, 1 MEI: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor menzahirkan pandangan meminta Universiti Teknologi Mara (UiTM) menginovasikan sistem pembelajaran pelajar sekolah.
BANGKOK, 1 MEI: Thailand mencatat 21 kes kematian baharu akibat Covid-19, angka harian tertinggi sejak penularan pandemik itu pada Januari tahun lepas, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 224 orang ketika negara tersebut memulakan sekatan lebih ketat pada Sabtu dalam usaha memerangi gelombang ketiga jangkitan virus yang merebak lebih pantas.
KUALA LUMPUR, 1 MEI: Digi Telecommunications Sdn Bhd bertindak memperkukuh komitmennya menyokong kalangan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dengan melanjutkan tawaran percuma Internet Produktiviti 30GB sebulan (1GB sehari) sehingga 31 Julai, 2021 serta terus membantu keperluan usaha e-pembelajaran dan bekerja secara jarak jauh.
KUALA LUMPUR, 1 MEI: Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati peningkatan kes dan kadar penggunaan kapasiti kesihatan di negeri dan Wilayah Persekutuan di Lembah Klang mutakhir ini adalah amat membimbangkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
KUALA LUMPUR, 1 MEI: Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan empat kaedah perjalanan untuk pelajar asrama sekolah, Kolej Tingkatan Enam (KTE) dan Kolej Vokasional (KV) yang dibenarkan pulang bersempena Hari Raya Aidilfitri.
KUALA LUMPUR, 1 MEI: Astro Awani memberi jaminan pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada polis dalam membantu siasatan berhubung dakwaan penyampaian berita yang menimbulkan kontroversi menerusi program ‘AWANI 745’ baru-baru ini.
BAGAN SERAI, 1 MEI: Sekumpulan enam anak muda yang bersimpati dengan tragedi tenggelamnya KRI Nanggala 402 di perairan Bali, Indonesia telah mereka replika kapal selam itu sebagai panjut di Kampung Bukit Merah, Semanggol.
SHAH ALAM, 1 MEI: Seorang lelaki warga Indonesia maut manakala tiga lagi cedera ringan apabila dua tangki minyak mentah terbakar di kilang Emery Oleo Chemical di Kawasan Industri Telok Panglima Garang hari ini.
KUALA LUMPUR, 1 MEI: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan keadaan penularan Covid-19 di negara ini kembali meruncing dan memerlukan setiap individu untuk terus patuh kepada tatacara operasi piawai (SOP).
KUALA LUMPUR, 1 MEI: Pelajar PhD Malaysia, Umi Nabilah Ismail, 26, menerima Anugerah Biasiswa Fizik Perubatan Kerjaya Awal berprestij atas penyelidikannya dalam mengembangkan biopenanda yang dapat menilai keberkesanan rawatan talasemia beta.
KUALA LUMPUR, 1 MEI: Penduduk Kuala Lumpur dan Selangor yang berhasrat mengambil vaksin Covid-19 AstraZeneca boleh mendapatkan tarikh dan tempat untuk menerima suntikan, dengan tempahan mula dibuka tengah hari esok (2 Mei) secara "siapa cepat, dia dapat".
SHAH ALAM, 1 MEI: Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berterima kasih atas ingatan rakyat yang mengucapkan takziah susulan kepulangan ayahanda baginda, Abdul Rahman Baba, ke rahmatullah pada 20 April lepas.
SHAH ALAM, 1 MEI: Puspakom Sdn Bhd akan menganjurkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela (VVI) percuma untuk kenderaan persendirian sempena Aidilfitri di seluruh negara mulai 2 hingga 12 Mei 2021 dari 8 pagi hingga 5 petang.
SHAH ALAM, 1 MEI: Kes positif baharu Covid-19 turun di bawah angka 3,000 apabila sebanyak 2,881 kes direkodkan hari ini berbanding 3,788 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 411,514.
KUALA LUMPUR, 1 MEI: Bazar Ramadan Jalan Raja Alang dan Bazar Ramadan Taman Setiawangsa yang sebelum ini diarah tutup, kini dibenarkan meneruskan operasinya seperti biasa hari ini dengan penambahan bilangan anggota penguatkuasa di kawasan bazar berkenaan.
SHAH ALAM, 27 APRIL: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini merekodkan 2,733 kes baharu Covid-19 turun sedikit berbanding 2,776 semalam menjadikan jumlah kumulatif 398,451 kes.
SHAH ALAM, 27 APRIL: Kementerian Kesihatan (KKM) menilai semula kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap seorang peniaga burger atas kesalahan beroperasi melebihi had masa ditetapkan.
KUALA LUMPUR, 27 APRIL: PropertyGuru Malaysia melaporkan trend keseluruhan harga permintaan mencatatkan penurunan sebanyak 0.84 peratus suku ke suku dan 1.79 peratus tahun ke tahun kepada 87.86 mata indeks dalam suku pertama 2021, berikutan kebimbangan pembeli.
JOHOR BAHRU, 27 APRIL: Seramai 12 pegawai penguat kuasa disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah terancang yang didalangi ahli perniagaan Nicky Liow Soon Hee ditahan di beberapa negeri setakat hari ini.
KUALA LUMPUR, 27 APRIL: Kutipan darah di Pusat Darah Negara (PDN) pada minggu pertama Ramadan hanya 59 peratus, manakala kutipan di Suite Derma Darah Puspanitapuri Putrajaya hanya mencapai 32.8 peratus.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.