OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM, 17 NOV: Parti KEADILAN perlu terus berfungsi sebagai pejuang dan pembela rakyat sekali gus, dirasai kehadiran oleh rakyat. Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan pejuang reformis juga perlu berbeza dari rejim yang ditentang sebelum...
OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM, 17 NOV: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada bakal saf kepimpinan baru bagi sesi 2018-2021. Wan Azizah berkata, beliau berharap supaya barisan kepimpinan baru tidak menyisihkan mereka yang kalah pada Pemilihan KEADILAN...
OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM, 17 NOV: Ahli KEADILAN disarankan mengiktiraf dan menghargai reformis yang berjuang sejak 1998. Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ramai reformis tidak mendapat pangkat atau ganjaran, namun terus bertungkus lumus berjuang untuk parti...
OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM, 17 NOV: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak tidak dapat menyembunyikan perasaan sayu tatkala menyingkap kembali kepayahan dan kepiluan dalam perjuangan ditempohi selama lebih 20 tahun lalu. Suasana sayu ini jelas dilihat apabila beliau...
OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM, 17 NOV: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan ahli dan kepimpinan parti supaya pangkat, kuasa dan harta tidak mengaburi asas perjuangan serta dasar parti. Katanya, kekuasaan dan kedudukan yang dimiliki ketika ini adalah kerana...
KUALA LUMPUR, 17 NOV: Pergerakan ringgit dijangka kekal pada aliran menurun minggu depan sejajar dengan kebanyakan mata wang Asia disebabkan ketegangan baharu ekonomi global termasuk Brexit.
KUALA LUMPUR, 17 NOV: Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatifi dijangka didagangkan rendah antara RM1,750 dan RM1,850 setan minggu depan, kata seorang peniaga.
KUALA LUMPUR, 17 NOV: Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan pada paras semasa minggu depan, berikutan pelabur dijangka mengekang minat belian.
KUALA LUMPUR, 17 NOV: Berita tentang kebocoran kertas Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Cina bagi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2018 adalah tidak benar, kata Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan hari ini.
OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM, 17 NOV: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menerima pengesahan 20 pasukan yang bakal beraksi dalam Liga Malaysia 2019. Daripada jumlah itu, 11 pasukan daripada Unifi Liga Super manakala bakinya beraksi dalam 100Plus Liga Primier. 11 pasukan itu adalah Perak, PKNS...
PARADISE 17 NOV: Pekerja penyelamat dengan bantuan anjing pengesan mayat meningkatkan pencarian lebih ramai mangsa dalam kebakaran di bandar raya utara California semalam ketika pihak berkuasa berusaha mendapatkan petunjuk kepada nasib lebih 600 lagi yang dilaporkan hilang dalam kebakaran hutan paling buruk dalam sejarah negeri itu.
KUALA LUMPUR, 14 NOV: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengenal pasti sebanyak 500 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk diletakkan dalam program Penilaian Kesediaan Revolusi Industri 4.0.
KUALA LUMPUR, 14 NOV: Orang ramai perlu terus diberi pendedahan tentang bahaya mengkonsumsi antibiotik tidak mengikut keperluannya berikutan kes kerintangan antibiotik (AMR) di Malaysia menunjukkan peningkatan agresif, kata Setiausaha Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia Prof Madya Dr Syafinaz Amin Nordin.
OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM, 14 NOV: Empat individu; Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor, Tengku Adnan Tengku Mansor dan seorang ahli perniagaan, Datuk Tan Eng Boon bakal didakwa esok dalam dua kes berasingan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...
SINGAPURA, 14 NOV: Rusia menawarkan kepada Malaysia untuk membeli pesawatnya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
TAWAU, 14 NOV: Rakyat Malaysia disarankan muat turun aplikasi myCuaca secara percuma menerusi Google Play dan App Store bagi mendapatkan info terkini berkaitan kejadian bencana termasuk gempa bumi dan tsunami di negara ini.
KUALA LUMPUR, 14 NOV: Anjakan minda perniagaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan menjadi cabaran utama untuk mengubah diri mereka agar selari dengan Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0).
KUALA LUMPUR, 14 NOV: Pelakon Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, yang menghidap kanser esofagus meninggal dunia pada 1.30 tengah hari tadi di kediamannya di Rengit, Batu Pahat, Johor hari ini.
KUALA LUMPUR, 14 NOV: Kerajaan tidak akan berkompromi dengan peraturan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan kerana mengutamakan kepentingan awam.
KUALA LUMPUR, 14 NOV: Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji untuk membangunkan jalan pintasan Cameron Highlands sebagai laluan alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas serius di daerah itu khasnya semasa musim cuti.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.