KUALA LUMPUR, 15 JAN: Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dilantik sebagai Pengerusi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) untuk tempoh dua tahun.
KUALA LUMPUR, 15 JAN: OCBC Bank menjangkakan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia tumbuh di antara 4.2 peratus dengan 4.4 peratus tahun ini, manakala ringgit mengukuh kepada RM4.04 berbanding dolar AS menjelang akhir 2020.
SHAH ALAM, 15 JAN: Jabatan Pendidikan Negeri Selangor merekodkan 387 kes influenza A di 10 daerah melibatkan 149 sekolah di negeri ini.
KUALA LUMPUR, 15 JAN: Lesen senjata api yang didapati diguna untuk tujuan pemburuan haram akan dibatal, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.
MOSCOW 15 JAN: Jumlah korban akibat tanah runtuh yang dicetuskan oleh salji dan hujan lebat di Pakistan mencecah 93 mangsa dengan 53 lagi cedera, lapor agensi berita Sputnik memetik laporan media pada Rabu.
KUALA LUMPUR, 15 JAN: Bekas peserta program realiti ‘Rockanova’, Zarith Sofia didenda RM27,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana menyimpan dan mengurung anak beruang matahari di rumahnya, Jun tahun lepas.
SHAH ALAM, 15 JAN: Selangor masih menanti keputusan pakar perubahan sebelum mengesahkan sama ada Mohammad Nor Hakim Hassan mengalami kecederaan ligamen lutut atau Anterior Cruciate Ligament (ACL).
KUALA LUMPUR, 15 JAN: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini berikutan penurunan minat risiko dalam kalangan peniaga yang meragui tahap pengurangan tarif dalam fasa pertama perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
GOMBAK 14 JAN: Bekalan vaksin Influenza A di hospital dan klinik kerajaan serta swasta di negeri ini adalah mencukupi, kata Dato' Menteri Besar.
SERDANG, 14 JAN: Varieti Musang King dijangka mendominasi jenis pokok durian yang ditanam di Semenanjung kepada 50 peratus pada 2022 berbanding 36 peratus sekarang, kata Ketua Pengarah Pertanian Mohd Nasir Warris.
KUALA LANGAT, 14 JAN: Pendaftaran Skim Air Darul Ehsan akan dibuka semula selepas proses peringkat pertama selesai sepenuhnya pada Mac hadapan, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.
SABAK BERNAM 14 JAN: Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun meninggal dunia selepas menjalani latihan merentas desa sejauh 3.8 kilometer petang semalam.
KUALA LUMPUR, 14 JAN: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam sesi awal dagangan pagi ini susulan peningkatan minat risiko dalam kalangan peniaga berikutan keadaan ketegangan geopolitik yang semakin mereda Pada 9.09 pagi, ringgit berada pada 4.0565/0595 berbanding dolar AS daripada paras...
BANGI, 13 JAN: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menyasarkan pengambilan 12,000 pelajar baharu pada tahun ini, kata Rektornya.
SHAH ALAM 13 JAN: Sebanyak satu juta bekalan alternatif tablet vaksin Influenza A diluluskan Kerajaan Persekutuan kepada klinik swasta yang boleh digunakan 100,000 pesakit.
GEORGE TOWN 13 JAN: Cadangan pengambilalihan konsesi lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Bhd (PLUS) dan empat lebuh raya berkaitan Gamuda Bhd di Lembah Klang akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
PUTRAJAYA, 13 JAN: Kadar penyertaan tenaga buruh pada November 2019 naik 0.1 peratus kepada 68.8 peratus berbanding bulan sebelumnya, menurut Statistik Utama Tenaga Buruh Malaysia.
SHAH ALAM, 13 JAN: Kerajaan Negeri terus berunding dengan Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih operasi syarikat pembentungan Indah Water Konsortium (IWK) bagi memastikan pelepasan air menepati kualiti ditetapkan.
OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM, 13 JAN: Proses perbincangan dengan semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan masih berlangsung sebelum keputusan kenaikan tarif air dimuktamadkan pada peringkat Kerajaan Negeri, kata Dato' Seri Amirudin Shari. Dato' Menteri Besar berkata pihaknya tidak boleh...
OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM, 13 JAN: Penjawat awam perlu lebih peka memberikan reaksi terhadap sesuatu kes seiring perkembangan teknologi kerana rakyat kini mahu penyelesaian lebih pantas. Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari berkata kerjasama antara jabatan pada peringkat negeri...
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.