PUTRAJAYA, 23 MAC: Semua Ketua Setiausaha di kementerian yang menyediakan perkhidmatan keperluan, perlu mengeluarkan surat kebenaran perjalanan kepada semua kakitangan bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
SHAH ALAM, 23 MAC: Kerajaan Negeri akan guna pakai bantuan Persekutuan RM130 juta selain Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid-19 berjumlah RM127 juta bagi menangani wabak itu, kata Dato Menteri Besar.
PUTRAJAYA, 23 MAC: Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersidang sebelum tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 31 Mac ini bagi menentukan sama ada ia perlu dilanjutkan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
SHAH ALAM 23 MAC: Satu lagi pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiagaan dan Tindakan Krisis (CPRC) Kebangsaan, kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 23 MAC: Penduduk digesa meletakkan kenderaan lebih teratur supaya tidak menghalang laluan lori KDEB Waste Management (KDEBWM) membuat kutipan sampah domestik dan pukal.
SHAH ALAM 23 MAC: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menggunakan dron dan pesawat tanpa pemandu (UAV) bagi memantau pergerakan rakyat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata panglimanya.
KUALA LUMPUR, 23 MAC: Bursa Malaysia dibuka rendah pada pagi ini sejajar dengan penurunan berterusan harga minyak global yang ketika ini diniagakan di bawah paras US$30 setong.
KUALA LUMPUR, 23 MAC: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini apabila para pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat di tengah-tengah penularan pantas Covid-19 dan penurunan harga minyak dunia, kata para peniaga.
KUALA LUMPUR, 23 MAC: Maybank mengesahkan dua kakitangannya, masing-masing dari cawangan Auto Finance Sibu Central (AFSC) di Sarawak dan Dataran Maybank, Bangsar sedang mendapat rawatan berkaitan virus Covid-19.
KUALA LUMPUR, 20 MAC: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu merupakan masa untuk semua pihak menjaga dan mengekalkan kesihatan mental dalam menghadapi cabaran penularan wabak Covid-19, menurut Pertubuhan Befrienders Kuala Lumpur.
SHAH ALAM, 20 MAC: Seramai 12 petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tiga sektor swasta dijangkiti Covid-19, kata ketua pengarah kesihatan.
PUTRAJAYA, 20 MAC: Perakuan kebenaran bertugas akan diberikan kepada petugas sektor awam dan swasta yang terlibat dalam perkhidmatan penting sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang masuk hari ketiga, hari ini.
SHAH ALAM, 20 MAC: Pasangan bakal melangsungkan akad nikah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan diminta menangguhkan urusan itu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
KUALA LUMPUR, 20 MAC: Ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan bekerjasama membantu polis memantau dan memastikan orang awam mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuat kuasa kerajaan.
KUALA LUMPUR, 20 MAC: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billlah Shah hari ini sekali lagi menitahkan rakyat supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan kerajaan bermula 18 hingga 31 Mac, dalam usaha bersama-sama membendung penularan wabak Covid-19.
PUTRAJAYA, 20 MAC: Khidmat tentera mula digerakkan Ahad ini bagi membantu polis memantau pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan untuk memastikan rakyat berada di rumah masing-masing, dalam usaha membendung penularan kes Covid-19.
SHAH ALAM, 20 MAC: Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid-19 memberi kelonggaran kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) untuk menggunakan peruntukan sehingga RM30,000 bagi membantu rakyat yang terkesan dengan wabak itu, kata Dato’ Menteri Besar.
SHAH ALAM, 20 MAC: Seramai 2,500 mahasiswa Selangor di Sabah dan Sarawak menerima bantuan RM200 setiap seorang, kata Dato’ Menteri Besar.
KUALA LUMPUR, 20 MAC: Ringgit meneruskan penyusutannya berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan hari ini berikutan permintaan tinggi terhadap unit mata wang negara maju itu susulan peningkatan kebimbangan membabitkan penularan pandemik Covid-19, kata peniaga.
SHAH ALAM, 20 MAC: Kerajaan Selangor mengumumkan Pakej Selangor Prihatin Covid-19 kepada pelbagai golongan yang terkesan dengan pandemik ini, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.