SHAH ALAM, 19 APRIL: Kerajaan Negeri memperkenalkan Insentif Penjagaan Anak-Anak ‘Frontliner’ Covid-19 bagi membantu mengurangkan resah petugas barisan hadapan ketika berkhidmat memerangi pandemik tersebut.
SHAH ALAM, 19 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengucapkan tahniah kepada seluruh penduduk kawasan tersebut kerana patuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga tiada kes positif Covid-19 di sini.
PUTRAJAYA, 19 APRIL: Kajian klinikal antarabangsa di bawah 'Kaji Selidik Solidariti' bagi menguji empat kaedah dalam merawat Covid-19 akan dimulakan ke atas pesakit dalam negara pada masa terdekat, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
SHAH ALAM, 19 APRIL: Kerajaan Selangor melanjutkan tempoh Saringan Covid-19 Pandu Lalu sehingga esok (20 April) kerana mendapat sambutan luar biasa penduduk negeri, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.
SHAH ALAM, 19 APRIL: Kes positif Covid-19 di negeri ini menunjukkan peningkatan sebanyak tiga orang setakat jam 12 tengah hari tadi, mengikut data Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).
SHAH ALAM, 19 APRIL: Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan kedatangan lapan pakar dari China bukan bertujuan membantu merawat tapi bagi mengadakan perbincangan berkaitan wabak Covid-19.
SHAH ALAM, 19 APRIL: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kluster baharu berjaya dikesan dalam kalangan rakyat yang pulang dari Indonesia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 April lalu.
SHAH ALAM, 19 APRIL: Jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar dari wad hari ini adalah 95 orang, sekali lagi melebihi jumlah kes baharu positif Covid-19, kata ketua pengarah kesihatan.
SINGAPURA, 19 APRIL: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan 596 kes awal jangkitan baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 6,588.
KUALA LUMPUR, 19 APRIL: Kadar kemalangan jalan raya menurun hampir 70 peratus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu dan dua, yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.
SHAH ALAM, 19 APRIL: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 17 kes positif Covid-19 membabitkan rakyat Malaysia yang menjalani kuarantin wajib 14 hari, selepas pulang dari luar negara, kata menteri kanan (kluster keselamatan).
KUALA LUMPUR, 19 APRIL: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan agar elaun khas petugas barisan hadapan yang terlibat dengan pengurusan Covid-19 dibayar secara terus bersama gaji setiap bulan kepada petugas terbabit.
SHAH ALAM, 19 APRIL: Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengeluarkan tatacara operasi piawai (SOP) bagi bulan Ramadan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
SHAH ALAM, 19 APRIL: Individu yang kehilangan kad pengenalan (MyKad) dan perlu segera menggantikannya atas tujuan mendesak seperti memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN), boleh membuat temujanji dengan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
SHAH ALAM, 19 APRIL: Tanggapan sesetengah pihak ada perbezaan pendekatan polis terhadap pegawai pentadbiran kerajaan dengan pesalah lain yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tidak benar.
SHAH ALAM, 18 APRIL: Dua saluran e-dagang Grab Selangor dan Platform Selangor (Plats) yang diperkenal Kerajaan Negeri sempena kedatangan Ramadan tidak bercanggah dengan arahan Kerajaan Pusat, kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kedua-dua saluran melalui pelaksanaan e-bazar...
KUALA LUMPUR, 18 APRIL: Bank Simpanan Nasional (BSN) telah melaksanakan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) secara tunai kepada penerima tidak mempunyai akaun bank atau gagal kredit bermula 17 April 2020 sehingga 31 Dis 2020.
SHAH ALAM, 18 APRIL: Saringan pandu lalu secara percuma mampu mengesan penularan Covid-19 dalam kalangan individu yang tiada gejala, kata doktor sukarelawan yang mengendalikan ujian tersebut.
KUALA LUMPUR, 18 APRIL: Proses pemulihan bekalan air di tujuh wilayah yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual semalam berikutan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor, telah mencapai 97 peratus, setakat 6 petang tadi.
KUALA LUMPUR, 18 APRIL: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diminta dan dinasihat untuk mendapatkan kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum membuat sebarang kerja amal dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata ketua polis negara.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.