SHAH ALAM, 5 MEI: Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor mengingatkan masyarakat supaya terus mengekalkan penjarakan sosial dan memelihara kebersihan.
KUALA LUMPUR, 5 MEI: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meningkatkan tatacara operasi piawainya (SOP) dengan melaksanakan langkah keselamatan tambahan untuk memastikan keselamatan penumpang berikutan perjalanan udara domestik disambung semula.
KUALA LUMPUR, 5 MEI: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas kepada 2.00 peratus.
SHAH ALAM, 5 MEI: Bas Smart Selangor dan PJ City memulakan operasi secara berperingkat mulai esok bermula 6 pagi sehingga 10 malam, kata EXCO kerajaan tempatan.
KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pasukan Petugas Khas Operasi Pematuhan yang ditubuhkan oleh polis ditempatkan di kawasan tumpuan ramai seperti premis makanan, stesen bas dan pasar raya.
SHAH ALAM, 5 MEI: Sebanyak 24 kes Covid-19 daripada kluster Pasar Borong Kuala Lumpur dikesan di dua pasar di Petaling Jaya, Selangor, kata ketua pengarah kesihatan.
KUALA LUMPUR, 5 MEI: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menggunakan tempoh pengurangan kes sejak seminggu dua ini untuk menyusun semula strategi baharu dari segi gerak tenaga kerja dan operasi dalam menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes selepas ini.
SHAH ALAM, 5 MEI: Peniaga dan pemborong di Pasar Borong Kuala Lumpur wajib menjalani saringan Covid-19 serta mengemukakan keputusan ujian sebelum dibenarkan berniaga, kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 5 MEI: Sebanyak 30 kes baharu Covid-19 hari ini iaitu terendah direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac, kata ketua pengarah kesihatan.
PUTRAJAYA, 5 MEI: Orang awam dibenarkan memandu kenderaan jika Lesen Kenderaan Motor (LKM) ataupun lesen memandu tamat tempoh dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan syarat insurans kenderaan masih berkuat kuasa.
SHAH ALAM, 5 MEI: Tiada larangan atau had masa tertentu untuk kenderaan persendirian bergerak antara daerah, kata menteri kanan (kluster keselamatan).
SHAH ALAM, 5 MEI: Kerajaan belum mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua kawasan di Selayang dan Chow Kit, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
SHAH ALAM, 3 MEI: Selangor mengubah suai garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memperketatkan kawalan susulan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi bermula esok, 4 Mei, kata Dato' Seri Amirudin Shari.
KUALA LUMPUR, 3 MEI: Kerajaan memutuskan untuk membenarkan kenderaan persendirian membawa empat penumpang dengan syarat mestilah dari rumah dan keluarga yang sama, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai esok.
SHAH ALAM, 3 MEI: Setiap Kerajaan Negeri boleh menyesuaikan tatacara operasi piawai (SOP) Kerajaan Persekutuan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri masing-masing.
KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sebarang aktiviti kegiatan pendakian, perkhemahan atau jungle trekking dalam hutan di seluruh Semenanjung tidak dibenarkan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Dengan pelbagai tradisi, adat apatah lagi wujud pelbagai suku kaum di sembilan daerah di negeri ini, ada pelbagai juadah tradisi yang dahulunya sering menjadi hidangan istimewa tiap kali kedatangan Ramadan tetapi kian dilupakan generasi baharu.
PUTRAJAYA, 3 MEI: Ketua jabatan boleh mempertimbang dan memberi kelonggaran kepada sebahagian pegawai awam untuk menggunakan waktu kerja anjal manakala sebahagian lagi bekerja di rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok.
SHAH ALAM, 3 MEI: Tabung Karyawan Seni Rupa mengutip dana berjumlah RM9,680 setakat ini, kata penolong pengurus Rumah Seni Selangor (RUsSEL).
SINGAPURA, 3 MEI: Singapura mengesahkan 447 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat semalam dengan dua kematian Jumaat, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 17,548 dan 17 korban.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.