KUALA LUMPUR, 10 MEI: Sambutan Nuzul Al-Quran 1441 Hijrah menyaksikan suasana normal baharu umat Islam dengan penghayatannya dirasai lebih mendalam dan penuh keinsafan berikutan ujian akibat wabak Covid-19 yang melanda dunia sejak akhir Disember lepas.
Kita telah melalui hampir separuh daripada perjalanan kita di bulan Ramadan pada tahun ini. Di hadapan kita ada lagi baki perjalanan perlu dilalui dengan penuh khusyuk dan sepenuh hati agar kita tidak mensia-siakan nikmat Ramadan yang hanya datang setahun sekali ini. Ramadan pada kali...
PUTRAJAYA, 9 MEI: Garis panduan solat Jumaat dan solat berjemaah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan diumum selepas perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet.
PUTRAJAYA, 9 MEI: Tiga premis diarah tutup sementara sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana ada dalam kalangan pekerja didapati positif Covid-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
PUTRAJAYA, 9 MEI: Tabung Covid-19 yang dilancarkan pada 11 Mac lepas mengumpul dana sumbangan pelbagai pihak berjumlah RM40.2 juta setakat 7 Mei lalu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
SHAH ALAM, 9 MEI: Sebanyak RM27.6 juta disediakan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi bantuan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri kepada 60,312 golongan asnaf di negeri ini, kata ketua pegawai eksekutifnya.
SHAH ALAM, 9 MEI: Selangor sudah mengambil langkah sewajarnya untuk memutuskan rantaian Covid-19 kluster Pasar Borong Kuala Lumpur yang dikesan di dua pasar di negeri ini, kata Dato' Menteri Besar.
SHAH ALAM, 9 MEI: Pelantikan sebagai timbalan perdana menteri wanita pertama ketika pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) adalah satu penghormatan untuk berkhidmat kepada rakyat, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
KUALA LUMPUR, 9 MEI: Teknologi dron turut digunakan untuk memantau serta memastikan pelaksanaan tatacara operasi piawai (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi.
SHAH ALAM, 9 MEI: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) selesai memasukkan RM742,000 sumbangan Hari Raya Aildilfitri ke dalam akaun bank 7,420 anak yatim di negeri ini, kata pengurus besarnya.
SHAH ALAM, 9 MEI: Sejak diperkenalkan Isnin lalu, aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) bagi mengesan kontak Covid-19 merekodkan seramai 148,432 pengguna sehingga semalam.
SHAH ALAM, 9 MEI: Sebuah kilang ternakan ayam dikompaun dan diberi notis amaran selepas dipercayai menjadi punca lalat di kawasan Kampung Sungai Jang, Kerling di Hulu Selangor.
SHAH ALAM, 9 MEI: Kerajaan Negeri menggunakan sepenuhnya teknologi pintar dalam usaha merangsang serta memulihkan ekonomi selepas krisis Covid-19, kata Dato' Menteri Besar.
KUALA LUMPUR, 9 MEI: Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS minggu depan dengan pelabur memantau rapat perkembangan berkaitan Covid-19, ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China dan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bagi suku pertama 2020.
SHAH ALAM, 9 MEI: Sebuah premis di Kajang dikompaun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) apabila gagal menyelenggara tanda harga.
KOTA KINABALU, 9 MEI: Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) meluluskan pengeluaran Akaun 2 kepada 3.5 juta pencarum berjumlah RM1.66 bilion sejak pengeluaran i-Lestari dilancarkan April lepas, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Abdul Rahim Bakri.
SHAH ALAM, 9 MEI: Peningkatan drastik kira-kira RM4 juta zakat fitrah ditunaikan menerusi dalam talian sepanjang 14 hari Ramadan tahun ini, kata ketua divisyen kutipan Lembaga Zakat Selangor (LZS).
KUALA LUMPUR, 9 MEI: Pasaran getah Malaysia dijangka mencatat aliran peningkatan minggu depan berikutan pertambahan permintaan terhadap komoditi itu susulan pembukaan semula hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
SHAH ALAM, 9 MEI: Semua premis perniagaan di Majlis Perbandaran Selayang (MPS) diwajibkan untuk melaksanakan penggunaan sistem SELangkah (Selamat Melangkah).
KUALA LUMPUR, 9 MEI: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan penerbangan membawa pulang 19 rakyat Malaysia dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang disahkan bebas Covid-19 setelah selesai menjalani kuarantin 14 hari di pusat kuarantin sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.