PUTRAJAYA, 16 MEI: "Cikgu perlu bersabar mendidik anak-anak murid sebagai ibu bapa kedua mereka di sekolah kerana apa yang kita semai, itulah yang akan kita tuai," demikian pesanan penerima anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2020, Nor Hainei Abu Bakar.
SHAH ALAM, 16 MEI: Syarikat pengangkutan awam tidak dibenarkan untuk menaikkan kadar tambang ketika ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menteri kanan (kluster keselamatan) berkata syarikat pengangkutan awam kini menikmati harga bahan bakar lebih murah, susulan penurunan harga minyak sejak...
SHAH ALAM, 16 MEI: Mulai hari ini, polis mengenakan kompaun terhadap orang ramai yang merentas negeri tanpa kebenaran termasuk pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri, kata Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob.
KUALA LUMPUR, 14 MEI: Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini memperkenalkan Pakej Bantuan merangkumi Pelan Bayaran Mudah (PBM) yang menawarkan penangguhan surcaj lewat bayar dan lanjutan penangguhan pemotongan bekalan kepada 7.5 juta pelanggan kediaman.
SHAH ALAM 14 MEI: Solat Jumaat dan berjemaah boleh dilaksanakan di masjid, surau terpilih di Wilayah Persekutuan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) secara berperingkat mulai esok, kata Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Menteri di jabatan perdana menteri (hal ehwal agama)...
MOSCOW, 14 MEI: Musim panas tidak mematikan koronavirus yang hidup di permukaan, sebaliknya boleh menyumbang kepada kadar peningkatan kejadian di Rusia, kata pengarah Pusat Penyelidikan Klinikal di Kazan Federal University, Albert Rizvanov.
KUALA LUMPUR, 14 MEI: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 18 Mei untuk perbicaraan pembelaan kes bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang didakwa menerima rasuah berjumlah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan.
KUALA LUMPUR, 14 MEI: Peningkatan secara mendadak pembelian peralatan elektrik oleh pengguna secara dalam talian sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu menimbulkan kerisauan sesetengah pihak kerana peralatan elektrik yang tidak mempunyai logo kelulusan SIRIM-ST dikhuatiri mengundang padah.
KUALA LUMPUR, 14 MEI: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka susut secara ketara pada suku kedua 2020 yang berkemungkinan besar berlanjutan sehingga separuh kedua tahun ini susulan impak penularan Covid-19.
SHAH ALAM, 14 MEI: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tarikh baharu keputusan permohonan Nooryana Najwa, anak perempuan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bagi menggantung prosiding saman oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang menuntut pembayaran cukai pendapatan berjumlah RM10.3 juta bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017.
KUALA LUMPUR, 14 MEI: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) hari ini mengumumkan kaunter duti setem hanya akan beroperasi dari 8 pagi hingga 1 tengah hari berdasarkan hari bekerja di setiap negeri.
PUTRAJAYA, 14 MEI: Keputusan ujian terhadap kesemua sampel ‘ayam seekor' daripada kilang pemprosesan ayam di Pedas, Negeri Sembilan adalah negatif virus Covid-19, kata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
KUALA LUMPUR, 14 MEI: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dengan indeks penanda aras melepasi paras psikologi 1,400 mata, didorong oleh peningkatan berterusan kaunter saham pengeluar sarung tangan getah dan berkaitan penjagaan kesihatan.
KUALA LUMPUR, 14 MEI: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan pengukuhan unit negara maju tersebut.
KUALA LUMPUR, 14 MEI: Walaupun trafik udara mengalami penurunan ketara sebanyak 98.4 peratus tahun ke tahun pada April berikutan pandemik Covid-19, namun permintaannya dijangka pulih secara berperingkat pada separuh kedua tahun ini.
KUALA LUMPUR, 14 MEI: Aktiviti ekonomi Malaysia dijangka meningkat perlahan-lahan pada separuh kedua tahun ini selepas langkah-langkah pembendungan penularan Covid-19 dilonggarkan dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditarik balik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
KUALA LUMPUR, 14 MEI: Orang ramai tidak sepatutnya merumitkan keadaan dan menyusahkan diri mereka ketika negara sedang ‘berperang’ dengan wabak Covid-19 kerana tidak mahu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.
KUALA LUMPUR, 13 MEI: Sidang Dewan Rakyat pada Isnin ini hanya bagi urusan Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
KUALA LUMPUR, 13 MEI: Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar lebih sederhana iaitu 0.7 peratus bagi suku pertama 2020 berbanding dengan 4.5 peratus semasa suku yang sama tahun lepas, susulan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah terjejas berikutan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
SHAH ALAM, 13 MEI: Aktiviti ziarah Aidilfitri hanya dibenarkan pada Hari Raya pertama membabitkan ahli keluarga terdekat sahaja, kata menteri kanan (kluster keselamatan).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.