KUALA LUMPUR, 22 JULAI: Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia merosot 1.9 peratus pada Jun 2020 berbanding tahun sebelumnya, didorong oleh indeks pengangkutan yang susut 14.3 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
SHAH ALAM, 22 JULAI: Kerajaan perlu memikirkan langkah bagi membantu golongan tidak berkemampuan membeli pelitup muka sebelum mewajibkan pemakaiannya di tempat awam, kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya.
KUALA LUMPUR, 22 JULAI: Sebahagian besar perpustakaan awam di seluruh negara mula beroperasi kembali dengan pelbagai pendekatan dan inisiatif dalam normal baharu diperkenalkan bagi mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) bertujuan mengekang wabak Covid-19.
Oleh Muhammad Basir bin Roslan KUALA LUMPUR, 22 JULAI: Masih ingat lagikah laporan berita yang menjadi viral baru-baru ini, mengenai seorang peniaga wanita, Che Minah yang melakukan sujud syukur saat beliau menerima lesen perniagaan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)? Che Minah yang...
KUALA LUMPUR, 21 JULAI: Secara purata, rakyat Malaysia memperoleh keuntungan sebanyak RM1,396 dengan melakukan aktiviti penjualan melalui Carousell semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari Februari hingga Jun 2020.
SHAH ALAM, 21 JULAI: Penerbit SelangorKini dan TV Selangor sekarang dikenali Media Selangor Sdn Bhd setelah mendapat kelulusan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bulan ini.
KUALA LUMPUR, 21 JULAI: Kerajaan akan terus meneroka pelbagai pilihan untuk meningkatkan hasil pendapatan negara termasuk mempelbagaikan sumber hasil kerajaan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
KUALA LUMPUR, 21 JULAI: MIDF Research mengekalkan andaian harga minyak mentah pada US$41 setong di celah-celah laporan negatif mengenai Covid-19 dan pemulihan permintaan yang lembap.
KUALA LUMPUR, 21 JULAI: Seramai 5,951 tahanan di Depot Tahanan Imigresen dihantar pulang sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermula 18 Mac sehingga 1 Julai.
KUALA LUMPUR, 21 JULAI: Kerajaan memberikan jaminan tidak akan menaikkan tarif air dalam situasi rakyat terbeban dengan keadaan ekonomi dan situasi pandemik Covid-19 yang belum berakhir, tegas Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
SHAH ALAM, 21 JULAI: Seramai 521 mangsa banjir membabitkan 127 keluarga di daerah Sepang masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sehingga jam 8 pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 21 JULAI: Jumlah kutipan denda daripada syarikat dan individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijelaskan adalah sebanyak RM5,928,000.
Oleh Rohani Mohd Ibrahim PUTRAJAYA, 21 JULAI: Kejayaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengawal penularan wabak Covid-19 sehingga peratus pesakit yang pulih kini menghampiri 98 peratus dan menjadi lima negara terbaik di dunia dalam mengawal wabak berkenaan, menjadi perhatian banyak...
SHAH ALAM, 21 JULAI: Pembaikan paip pecah di kawasan tanah mendap di simpang jalan antara Jalan Johan Setia dan Jalan Langat, Klang dijangka siap pada jam 6 petang esok.
AMPANG, 19 JULAI: Cabang KEADILAN Ampang perlu mempertahankan mandat rakyat sejak tiga Pilihan Raya Umum (PRU) lalu biarpun kehilangan dua wakil rakyat termasuk ahli parlimennya.
SINGAPURA, 19 JULAI: Singapura merekodkan 257 lagi kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan lapan daripadanya melibatkan kes dalam komuniti.
KUALA LUMPUR, 19 JULAI: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah berjaya meraih tempat keenam daripada 23 pelumba pada Kejuaraan Motosikal Grand Prix Sepanyol di Litar Jerez selepas mempamerkan tunggangan mantap pada perlumbaan hari ini.
KUALA LUMPUR, 19 JULAI: Meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran yang dibawa oleh pandemik Covid-19, Malaysia mengharungi kegawatan ekonomi ini dengan lebih baik berbanding negara-negara lain, kata Bank Dunia.
AMPANG, 19 JULAI: Pembersihan di kawasan banjir di beberapa daerah negeri ini diteruskan esok dengan penglibatan lebih ramai wakil kerajaan termasuk badan bukan kerajaan (NGO), kata Dato' Menteri Besar.
JAKARTA, 19 JULAI: Indonesia mencatatkan sejumlah 127 kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam, yang tertinggi sejak kes kematian pertama pada 11 Mac, menjadikan angka korban keseluruhan setakat ini ialah 4,143 orang.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.