KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Filem aksi persilatan, “Geran” terbitan Layar Pictures dan Tree of Hopes Productions dinobatkan sebagai penerima Anugerah Daniel A.Craft di Festival Filem Asia New York (NYAFF) Ke-19 di atas kecemerlangannya dalam filem aksi.
KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada sesi awal dagangan pagi ini diheret turun oleh aktiviti jualan dalam saham berwajaran tinggi di sebalik prestasi bercampur-campur pasaran serantau dan ketegangan yang sudah berkurangan antara Amerika Syarikat dan China.
KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Ringgit meneruskan aliran menaik untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen risiko yang positif, kata seorang peniaga.
KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang remaja lelaki ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong setelah didapati bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2017.
KOTA KINABALU, 17 OGOS: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 September sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
SHAH ALAM, 17 OGOS: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham merupakan antara individu dikurnia Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.
PUTRAJAYA, 17 OGOS: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun kepada Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Tan Sri Dr Arshad Ayub.
KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Penyelidikan oleh bank pelaburan dan firma pembrokeran saham hari ini menurunkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2020 namun menaikkan jangkaan mereka bagi KDNK 2021.
PUTRAJAYA, 17 OGOS: Seorang diplomat hari ini memberi penghormatan kepada Malaysia atas kejayaan dalam mengekang penularan pandemik Covid-19 yang boleh dijadikan contoh, dengan mengatakan bahawa kejayaan itu dihargai di peringkat antarabangsa.
PUTRAJAYA, 17 OGOS: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melahirkan harapan agar kerajaan terus memperbanyak dan melaksanakan program kesejahteraan rakyat pada masa hadapan bagi manfaat rakyat.
KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Ringgit melantun berbanding dolar AS untuk dibuka tinggi pagi ini selepas pelabur mengalihkan minat masing-masing ke arah aset yang lebih berisiko termasuk mata wang tempatan.
KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Bursa Malaysia melantun daripada aliran menurun minggu lepas untuk dibuka tinggi pagi ini, dipacu terutamanya oleh harga minyak mentah yang lebih baik dan harapan baharu untuk perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah masih merasai kesakitan pada kedua-dua belah kakinya selepas terbabit dalam kemalangan mengerikan semasa perlumbaan Grand Prix (GP) Austria di Litar Red Bull Ring pada Ahad.
MOSCOW, 17 OGOS: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, memutuskan untuk menangguhkan pilihan raya umum sehingga 17 Oktober, disebabkan wabak Covid-19, lapor agensi berita Sputnik.
TANJUNG MALIM, 17 OGOS: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan para pengundi pos Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim supaya tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularnya di laman media sosial.
Oleh Norhidayu Zainal dan Nurhafizah Tan KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Gaya hidup masyarakat hari ini banyak berubah rentetan amalan kebiasaan baharu yang tercetus dek penularan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk, Malaysia. Tempiasnya turut terasa bagi persiapan sambutan Hari...
SHAH ALAM, 16 OGOS: Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad meninggal dunia pagi tadi pada usia 83 tahun akibat sakit tua, di kediamannya di Taman Ampang Utama, Ampang dekat sini.
KUALA LUMPUR, 16 OGOS: Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat antara RM2,600 dan RM2,750 satu tan minggu depan, kata seorang peniaga.
TANJUNG MALIM, 16 OGOS: Mereka yang dikenakan kompaun RM1,000 kerana tidak memakai pelitup muka masih boleh merayu pengurangan denda tersebut, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
KUALA LUMPUR 16 OGOS: Maybank Investment Bank (Maybank IB) berpendapat saham bermodal pertengahan seperti dalam sektor kewangan, sarung tangan, penjagaan kesihatan, minyak dan gas serta teknologi dijangka kekal baik tahun hadapan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.