PETALING JAYA,10 JUN: Kediaman keluarga Zayn Rayyan Abdul Matiin di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini sekali lagi menjadi tumpuan selepas kira-kira enam bulan kanak-kanak autisme itu ditemukan mati pada Disember tahun lepas.
SHAH ALAM, 10 JUN: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke empat lokasi esok.
SHAH ALAM, 10 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang hingga 9 malam.
PUTRAJAYA, 9 JUN: Permohonan bantuan subsidi tunai berjumlah RM200 sebulan di bawah inisiatif BUDI MADANI tiada tarikh tutup dan individu berkelayakan digesa memohon untuk mendapat manfaat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
PETALING JAYA, 9 JUN: Sejumlah peruntukan disediakan setiap tahun untuk menganjurkan program seni dan budaya seiring hasrat mengangkat Selangor sebagai pusat industri kreatif.
SHAH ALAM, 9 JUN: Harga diesel di Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter, iaitu harga pasaran tanpa subsidi bermula tengah malam ini.
HULU LANGAT, 9 JUN: Jualan Ehsan Rahmah (JER) mega sempena Aidiladha dianjur di enam lokasi pada Sabtu dan Ahad minggu depan, untuk meringankan persiapan umat Islam menyambut perayaan.
SHAH ALAM, 9JUN: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke empat lokasi esok.
HULU LANGAT, 9 JUN: Enakmen melarang pelepasan ikan invasif atau asing bakal dikuat kuasa tahun ini sebagai langkah memulihara sungai dan spesies tempatan.
ROMPIN, 9 JUN: Mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau awal pagi tadi, Hasnatul Adilah Hassan, 48, sempat bertanyakan keadaan anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhir di lokasi kejadian.
KEPALA BATAS, 9 JUN: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mendapatkan laporan penuh berhubung kemalangan maut membabitkan guru di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau di sini, awal pagi tadi, kata menteri berkaitan Fadhlina Sidek.
GAZA, 9 JUN: Angka korban serangan kejam tentera Israel ke atas Kem Pelarian Nuseirat yang terletak di tengah Gaza meningkat kepada kira-kira 210 orang dengan hampir 400 yang lain cedera, kebanyakannya orang awam, menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) yang memetik laporan perubatan.
SHAH ALAM, 8 JUN: Sejumlah RM2.5 juta diperuntuk untuk membaik pulih Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Hicom, PPR Kota Damansara dan PPR Seri Kiambang di Serendah.
SHAH ALAM, 6 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang hingga 4 petang.
SHAH ALAM, 8 JUN: Festival Filem Muslim Antarabangsa Kazan Rusia yang menonjolkan budaya dan nilai Islam diadakan di Perpustakaan Raja Tun Uda, di sini bermula hari ini hingga Isnin.
KUANTAN, 8 JUN: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas motosikal ditunggang mereka melanggar seekor kerbau yang melintas jalan berhampiran sebuah ladang di Felda Bukit Sagu di sini, pagi ini.
SHAH ALAM, 8 JUN: Orang ramai khususnya yang menetap sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang dipelawa menyertai program Selangor Saring esok.
SHAH ALAM, 7 JUN: Kerajaan Negeri menubuhkan sekretariat kempen keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan bagi meningkat kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan penjaga.
KUALA LUMPUR, 7 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan kerajaan tidak berganjak dengan pendirian untuk menjamin kebebasan media di negara ini, namun kebebasan itu tidak boleh digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian negara termasuk menyentuh isu 3R iaitu raja, agama dan kaum.
KUALA LUMPUR, 8 JUN: Wartawan wanita veteran Adibah Amin diumumkan sebagai Tokoh Wartawan Negara pada Malam Wartawan Malaysia 2024 dan Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas 2023 malam ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.