SHAH ALAM, 1 SEPT: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memberi tumpuan segera dalam mengurangkan kes kematian akibat Covid-19 di luar hospital (BID), kata menteri kesihatan.
KUALA LUMPUR, 1 SEPT: Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan dibayar secara berperingkat dengan bayaran Fasa Satu dikreditkan mulai 6 Sept dan dijangka selesai pada 10 Sept.
SHAH ALAM, 1 SEPT: Sebanyak 18,762 jangkitan baharu Covid-19 dicatat hari ini, menurun berbanding 20,897 kes semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 30 OGOS: Kerajaan Selangor akan menyerahkan 200,000 vaksin yang dipinjamkan kepada Pulau Pinang esok bagi membantu negeri itu memberi suntikan pelalian kepada penduduk lebih cepat.
SHAH ALAM, 30 OGOS: Kerajaan Perak meminjam sejumlah dos vaksin Covid-19 daripada Selangor bagi membolehkan suntikan pelalian diberi kepada penduduk dewasa negeri berkenaan.
SHAH ALAM, 30 OGOS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menyeru rakyat negeri ini segera mengambil vaksin supaya kehidupan normal mampu dikembalikan.
SHAH ALAM, 30 OGOS: Selangor yang selalunya merekodkan jumlah tinggi menunjukkan trend menurun selama beberapa hari mutakhir kepada paras 3,567 kes hari ini walau jumlah nasional tidak banyak menurun.
KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai yang meninggal dunia hari ini.
SHAH ALAM, 30 OGOS: Skim khas perlu diwujudkan kerajaan khusus untuk melindungi penunggang e-panggilan yang sering terdedah dengan risiko kemalangan.
SHAH ALAM, 29 OGOS: Seramai 500 penduduk golongan berpendapatan rendah (B40) di Pangsapuri Desaria, Petaling Jaya menjalani saringan Covid-19 secara percuma.
KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan agar semua pemilik kilang yang mempunyai pekerja asing menjadikan premis mereka sebagai pusat pemberian vaksin (PPV).
SHAH ALAM, 29 OGOS: Hampir 50 Sukarelawan Selangor (SERVE) digerakkan ke Yan, Kedah hari ini bagi membantu mangsa bencana fenomena kepala air.
SHAH ALAM, 29 OGOS: Pertubuhan Kebajikan Sosial (Perkeso) menjalin kerjasama dengan 56 Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor bagi memudahkan urusan pencarum menuntut manfaat.
KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Sebanyak 61.9 peratus atau 14,487,972 individu daripada populasi dewasa negara ini sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).
SHAH ALAM, 29 OGOS: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada kakak ipar isteri Dato’ Menteri Besar yang kematian suami pada Julai.
HULU SELANGOR, 29 OGOS: Sebanyak 1,000 poskad penghargaan diedar kepada penerima suntikan pelalian pada program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali.
SHAH ALAM, 29 OGOS: Jumlah jangkitan Covid-19 terus menurun kepada 20,579 berbanding 22,597 kes semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.
PORT DICKSON, 29 OGOS: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan memberi fokus terhadap 2.2 peratus daripada keseluruhan 1.6 juta penjawat awam yang dikesan tidak mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 setakat 19 Ogos lepas.
KUANTAN, 28 OGOS: Aktiviti ziarah kubur di luar musim perayaan adalah dibenarkan tertakluk pada pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) yang ditetapkan, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad.
SHAH ALAM, 28 OGOS: Hampir tiga bulan tidak dapat berkunjung ke Taman Tasik Shah Alam di sini, bekas pesakit Covid-19 yang juga pesara kerajaan ‘melepas geram’ berjoging di taman yang dibuka kepada awam mulai 22 Ogos lalu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.