AMPANG, 5 SEPT: Inisiatif ruang komunal diperkenal Kerajaan Negeri bagi meningkatkan keselesaan penghuni pangsapuri kos rendah, mengubah wajah pondok pembuangan perabot di Pangsapuri Taman Industri Lembah Jaya di sini.
KUALA LUMPUR, 5 SEPT: Sebanyak 67.4 peratus atau 15,772,760 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).
SHAH ALAM, 5 SEPT: Bekalan air bersih di wilayah Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat yang terjejas akibat pencemaran bau Sungai Semenyih pulih sepenuhnya setakat jam 7 pagi ini.
SHAH ALAM, 5 SEPT: Perjuangan reformasi sejak 23 tahun terbukti berjaya mengubah landskap dan persekitaran masyarakat di negara ini, kata Dato' Seri Amirudin Shari.
SHAH ALAM, 5 SEPT: Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM500 kepada 465 orang kelainan upaya (OKU) yang layak setakat ini.
SHAH ALAM, 2 SEPT: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memberi rebat sewa sehingga 50 peratus kepada penyewa di tiga kompleksnya yang terjejas perniagaan susulan pandemik Covid-19.
SHAH ALAM, 2 SEPT: Perjuangan reformasi yang bertitik tolak 23 tahun lalu telah menyatupadukan rakyat pelbagai lapisan masyarakat berjuang demi negara, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor.
SHAH ALAM, 2 SEPT: Sebanyak 165 kes nikah tertangguh di Selangor sejak 1 Julai hingga semalam, disebabkan pasangan pengantin atau wali dijangkiti Covid-19 selain gagal melengkapkan dokumen.
SHAH ALAM, 2 SEPT: Penggunaan katil di tiga hospital penuh merawat pesakit Covid-19 di Selangor kini kurang di bawah kapasitinya.
SHAH ALAM, 2 SEPT: Sebanyak 14,855 kes atau 73.6 peratus daripada 20,988 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini tiada atau tidak lengkap suntikan vaksin.
SHAH ALAM, 2 SEPT: Jangkitan baharu Covid-19 kembali meningkat kepada 20,988 kes hari ini berbanding 18,762 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 1 SEPT: Proses lanjut selepas penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) akan ditangguh sementara Kerajaan Negeri mempertimbang isu berbangkit.
SHAH ALAM, 1 SEPT: Kadar pemulihan bekalan air di 463 kawasan di lima wilayah yang terjejas akibat pencemaran bau telah mencapai tahap 74 peratus.
YAN BESAR, 1 SEPT: Kerajaan Negeri bercadang untuk meletakkan Sukarelawan Selangor (SERVE) bersama Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, kata EXCO Pembangunan Generasi Muda.
SHAH ALAM, 1 SEPT: Bekalan air bersih di tiga wilayah terjejas susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA)Sungai Semenyih mencapai 80 hingga 90 peratus setakat jam 7 malam tadi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan tiga wilayah iaitu Hulu Langat dengan kadar pulih 90.7...
SHAH ALAM, 1 SEPT: Dato' Menteri Besar mengucapkan tahniah kepada atlet Boccia negara, Chew Wei Lun yang menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, hari ini.
SHAH ALAM, 1 SEPTEMBER: Tanggal 1 September 1960 iaitu 61 tahun yang lalu nenda kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mangkat.
YAN BESAR, 1 SEPT: Sebanyak 1,200 bakul makanan diagih oleh Sukarelawan Selangor (SERVE) kepada penduduk di Yan, Kedah dalam misi bantuan mangsa bencana fenomena kepala air.
SHAH ALAM, 1 SEPT: Bekalan air bersih ke 463 kawasan terjejas susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih mencapai 66 peratus setakat jam 6 petang.
SHAH ALAM, 1 SEPT: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan projek rintis pemakaian gelang peranti digital bagi individu yang menjalani kuarantin di rumah.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.