SHAH ALAM, 25 OKT: Golongan remaja berusia 12 tahun ke atas boleh menghadiri program Vaksin Selangor (Selvax) Remaja di tiga lokasi antara 28 hingga 31 Oktober ini, menurut Dato' Menteri Besar.
KUALA LUMPUR, 25 OKT: Populasi dewasa di negara ini yang sudah lengkap menerima vaksinasi Covid-19 setakat 11.59 malam tadi (24 Okt) adalah sebanyak 94.6 peratus atau seramai 22,143,545 orang.
SHAH ALAM, 25 OKT: Enakmen Penggerak Belia Selangor antara perkara yang akan diusul dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada November ini.
SHAH ALAM, 25 OKT: Wakil rakyat menyeru masyarakat sekitar bergotong-royong membersihkan Sungai Ampang sekurang-kurangnya sebulan sekali.
SUBANG, 22 OKT: Pameran Penerbangan Selangor 2021 (SAS2021) yang berlangsung November ini mampu memperkukuh negeri sebagai hab aeroangkasa, kata Dato’ Menteri Besar.
SHAH ALAM, 22 OKT: Program Vaksin Selangor (Selvax) Remaja yang bermula Ahad ini akan turut dibuka kepada golongan remaja usia 12 hingga 17 tahun yang tidak bersekolah, kata Dato' Menteri Besar.
CYBERJAYA, 22 OKT: Kegembiraan seorang petugas syarikat penyiaran melakukan aktiviti berbasikal dengan basikal baharu, bertukar tragedi apabila beliau maut dalam kemalangan di KM 38.3 Jalan Cyberjaya (Dengkil/Puchong) menghala ke Cyberjaya di sini hari ini.
SHAH ALAM, 22 OKT: Program Vaksin Selangor (Selvax) Remaja untuk individu berusia 12 hingga 17 tahun dijalankan mulai Ahad ini melibatkan 3,416 pelajar, kata Dato' Menteri Besar.
SHAH ALAM, 22 OKT: Pakatan Harapan (HARAPAN) menyokong niat kerajaan membawa usul pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada minggu hadapan. Majlis Presiden memaklumkan sokongan dua pertiga kepada pindaan itu akan diberikan agar hak rakyat Sabah dan...
SHAH ALAM, 22 OKT: Sekolah menengah di seluruh negara dijemput menyertai Pertandingan Debat dan Pidato Yayasan Selangor ke-12 yang diadakan secara maya dan menawarkan hadiah keseluruhan RM11,000.
SHAH ALAM, 22 OKT: Seramai 300 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya menerima baucar beli belah Jom Shopping sempena sambutan Deepavali bulan depan.
SHAH ALAM, 22 OKT: Hampir 3,000 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi program Jelajah Selangor Bekerja 2021 di Dewan Jubli Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini esok.
KUALA LUMPUR, 21 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melanjutkan pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 jenis Comirnaty (Pfizer-BioNTech) kepada individu yang telah lengkap dos vaksin Sinovac, sekurang-kurangnya selepas tiga bulan penerimaan dos kedua vaksin itu.
SHAH ALAM, 21 OKT: Baucar Pelancongan Selangor 2.0 bernilai RM100 setiap satu boleh ditebus mulai tengah malam ini menerusi aplikasi beli-belah terkenal Shopee.
SHAH ALAM, 21 OKT: Pakatan Harapan (HARAPAN) memutuskan untuk tidak meletakkan Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka.
KLANG, 21 OKT: Sebuah pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Hamzah, Klang dibuka susulan banjir kilat akibat hujan lebat petang semalam.
SHAH ALAM, 21 OKT: Hanya 1.9 peratus atau 116 kes daripada 6,210 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini adalah daripada kategori tiga, empat dan lima, maklum ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 21 OKT: Seramai 2,753 guru menolak untuk menerima vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut menteri pendidikan.
SHAH ALAM, 21 OKT: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) semalam menyumbangkan makanan asas berjumlah RM44,500 kepada 445 pengusaha di bawah Persatuan Bas Sekolah Negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur (PBSSPKL).
KUALA LUMPUR, 21 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil pendekatan tidak membenarkan kebebasan tertentu dinikmati individu yang lengkap divaksin kepada kumpulan antivaksin, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.