MELAKA, 10 NOV: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 7,601 kertas undi pos kepada pemilih yang layak mengundi secara pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
IPOH, 24 OKT: Pengarah filem terkenal, Mamat Khalid meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah malam tadi di Hospital Slim River, Perak.
KUALA LUMPUR, 20 OKT: Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1443H/2021 kepada Presiden Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) Datuk Dr Suhaini Kadiman.
SHAH ALAM, 20 OKT: Media Selangor Sdn Bhd (Media Selangor) menyediakan kit ujian kendiri Covid-19 kepada semua 102 kakitangan termasuk wartawan dan jurugambar yang kerap bertugas di lapangan.
SHAH ALAM, 14 OKT: Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) mengalu-alukan persetujuan perdana menteri kepada tuntutan pengecualian bayaran faedah moratorium pinjaman bank kepada kumpulan 50 peratus terbawah (B50).
KUALA LUMPUR, 14 OKT: Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan kontrak pekerjaan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd, tiga tahun lepas.
BALIK PULAU, 13 OKT: Seorang nelayan yang juga bekas jurugambar sebuah akhbar bahasa Inggeris nekad berenang ke Pulau Kendi dekat sini selepas botnya terbalik akibat dipukul ombak semalam.
SHAH ALAM 12 OKT: Semua pelancong ke Langkawi tidak perlu lagi menjalani ujian Covid-19 mulai hari ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
KUALA LUMPUR, 12 OKT: Jawatankuasa Khas yang ditugaskan untuk menyiasat secara teliti kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim telah memutuskan untuk melantik pakar patologi kanan bagi membantu siasatan kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
KUALA LUMPUR, 12 OKT - Sebanyak 37,415 usahawan terpaksa 'gulung tikar' sepanjang tempoh pandemik Covid-19 melanda negara, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar.
KUALA LUMPUR, 12 OKT: Jumlah penjawat awam yang telah lengkap menerima vaksin Covid-19 mencecah 98.18 peratus setakat ini kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.
KUALA LUMPUR, 12 OKT: Usul bagi membahas dan meluluskan ketetapan menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan Ordinan-ordinan Darurat akan dibawa ke persidangan akan datang.
KUALA LANGAT, 11 OKT: Sebagai persediaan menghadapi proses penyenggaraan loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) menjelang Rabu ini, orang ramai mula menadah bekalan air untuk kegunaan sepanjang tempoh tersebut nanti.
KAJANG, 8 OKT: Kerajaan Negeri memperuntukkan dana sejumlah RM250,000 untuk kemajuan 50 kebun komuniti sebagai usaha menggalakkan orang ramai mengusahakan pelbagai jenis tanaman.
BANTING, 7 OKT: Penduduk di kawasan pesisir pantai di daerah ini disaran agar berwaspada sepanjang fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku esok hingga 10 Oktober ini.
SHAH ALAM, 7 OKT: Program Vaksin Selangor (Selvax) diperluas kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negeri ini melibatkan 150,000 dos pelalian, kata Dato’ Menteri Besar.
KUALA LUMPUR 7 OKT: Kerajaan tidak akan membuka pintu sempadan negara sewenang-wenangnya, sebaliknya kebenaran kemasukan pengembara bukan warganegara bergantung kepada maklumat situasi Covid-19 dari negara asal mereka, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
SHAH ALAM 7 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti sebanyak 109 lagi kes varian membimbangkan (VOC) Covid-19 di Selangor melibatkan jenis Delta dan tiga kes Beta sehingga semalam.
SHAH ALAM 6 OKT: Pakatan Harapan (PAKATAN) berpendirian bahawa tindakan Yang di-Pertua Negeri Melaka membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) melanggar duluan kes sebelum ini apabila ketua menteri hilang majoriti.
SHAH ALAM 5 OKT: Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat ke majlis penyerahan sumbangan tablet kepada pelajar asnaf fakir dan miskin di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.