KUALA LUMPUR, 18 APRIL: Malaysia merekodkan 11,233 kes sembuh Covid-19 setakat semalam, lebih tinggi berbanding 6,623 kes baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
SHAH ALAM, 18 APRIL: Gangguan bekalan air tidak berjadual di Taman Keramat, Hulu Klang minggu lalu berpunca daripada kerja penyambungan paip projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2.
PUTRAJAYA, 18 APRIL: Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, hari ini dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 serta seorang penjamin, sementara rayuannya didengar di Mahkamah Rayuan.
GOMBAK, 18 APRIL: Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Cabang Gombak diingatkan terus melaksanakan kerja di lapangan dan menjalankan tanggungjawab membantu penduduk.
KUALA LUMPUR, 18 APRIL: Sebanyak 412,026 kanak-kanak berusia antara lima dan 11 tahun atau 11.6 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids) setakat semalam.
GOMBAK, 18 APRIL: Penambahbaikan pelbagai inisiatif untuk rakyat yang dibuat menerusi program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) bakal dilaksanakan selepas perayaan Aidilfitri.
KUALA LUMPUR, 18 APRIL: Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian tular seorang lelaki warga asing yang berang ketika ditegur tidak memakai pelitup muka sehingga mengeluarkan kata kesat dan menunjuk isyarat lucah kepada pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Jalan Ampang.
BANTING, 18 APRIL: Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedang membangunkan Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK), yang menjadi penanda aras keberkesanan dasar, strategi dan pelaksanaan pengurusan keselamatan secara menyeluruh di negara ini.
Asalnya, Juwairiya Zulkifli cuma calon bidan terjun Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berikutan calon pilihan asal tidak menepati syarat kelayakan bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
SHAH ALAM, 15 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 8 malam ini.
SHAH ALAM, 15 APRIL: Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Selangor menganjurkan program bagi menaikkan semula semangat ahlinya selepas dijangkiti Covid-19.
SHAH ALAM, 15 APRIL: Program Intervensi Ehsan yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga rendah akan diadakan di daerah Sabak Bernam dan Hulu Langat minggu ini.
SHAH ALAM, 15 APRIL: Jumlah jangkitan baharu Covid-19 semalam meningkatkan sedikit menjadi 10,413 berbanding direkodkan kelmarin, 10,052 kes.
KUALA LUMPUR, 15 APRIL: Polis hari ini menjelaskan video tular membabitkan sekumpulan penunggang basikal lajak yang menunggang secara berbahaya di Facebook ‘We are Malaysians’, semalam, merupakan video lama.
KUALA LUMPUR, 15 APRIL: Jumlah kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun yang telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids) meningkat kepada 270,282 individu atau 7.6 peratus setakat semalam berbanding 229,615 individu atau 6.5 peratus pada Rabu.
SHAH ALAM, 14 APRIL: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menawarkan perkhidmatan kutipan sampah pukal percuma sempena Aidilfitri bermula 19 hingga 30 April depan.
SHAH ALAM, 14 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor, Kedah dan Perak sehingga 2 petang ini.
SHAH ALAM, 14 APRIL: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) memperkenal kaedah berwakaf cara pantas dan lebih selamat menerusi DuitNow QR.
SUBANG JAYA, 14 APRIL: Ibu bapa yang membawa anak berusia bawah 12 tahun ke bazar Ramadan di negeri ini melibatkan jumlah yang kecil dan hanya dikesan di beberapa lokasi setakat minggu pertama puasa.
PETALING JAYA, 14 APRIL: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup masuk enam kontena minuman keras dan cerut bernilai RM468,994 melibatkan cukai dan duti dianggarkan lebih RM5 juta menerusi dua rampasan pada Februari dan Mac lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.