Oleh AZIAN AZIZ SHAH ALAM, 1 DIS: Tawaran diskaun dan banyak pilihan buku menjadi tarikan pengunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2022 yang berlangsung selama 11 hari di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula hari ini. Menurut Muhd Luqman Hakim Noorhisham,...
KUALA LUMPUR, 1 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak memberi sebarang cenderahati kepadanya.
PUTRAJAYA, 1 DIS: Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Disember 2022 hingga 7 Januari 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.
Oleh AZIAN AZIZ SHAH ALAM, 1 DIS: Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2022 bermula hari ini di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini dijangka menarik kehadiran kira-kira 300,000 pengunjung sepanjang 11 hari berlangsung. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor...
KUALA LUMPUR, 1 DIS: Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 akan berlangsung selama dua hari bermula 19 Disember dengan antara agenda utama ialah pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan usul undi percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SHAH ALAM, 1 DIS: Baju Batik Selangor bermotifkan bunga tanjung kelopak sembilan dicadang untuk dipakai dalam persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) seperti dilaksana pada peringkat Parlimen, kata Dato' Menteri Besar.
SHAH ALAM, 1 DIS: Pusat Borong GM Klang (GM Klang) menawarkan lebih banyak kolaborasi daripada kerajaan dan agensinya di setiap negeri serta luar negara untuk mempamerkan produk usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam usaha pihaknya mempelbagaikan variasi barangan di pusat borong berkenaan.
KUALA LUMPUR, 1 DIS: Buat julung kalinya orang ramai berpeluang melihat secara dekat koleksi peribadi keris Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menerusi Pameran Keris: Kuasa dan Jati Diri bermula esok.
KUALA LUMPUR, 1 DIS: Malaysia antara tiga negara baharu yang disenaraikan sebagai tuan rumah untuk acara Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Super 100 bagi 2023 dan 2024.
SHAH ALAM, 1 DIS: Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 1,600 perkhidmatan WiFi Smart Selangor (WiFiSS) diaktifkan secara keseluruhan sehingga hujung tahun ini.
SHAH ALAM, 1 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 9 malam ini.
SHAH ALAM, 1 DIS: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyalurkan bantuan kepada 40 mangsa banjir daripada 12 keluarga di Sepang dekat sini, semalam.
SEPANG, 1 DIS: Syarikat penerbangan tambang rendah baharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) optimis bahawa ia akan ‘melebarkan sayapnya’ ke destinasi antarabangsa pada suku pertama 2023.
SEREMBAN, 1 DIS: Jangkitan baharu HIV atau AIDS di negara ini mencatatkan penurunan sebanyak 70 peratus dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli.
KUALA LUMPUR, 30 NOV: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil pihak pengurusan TikTok untuk memberikan penjelasan berhubung penularan tiga klip video berbaur provokasi mengenai amaran rusuhan 13 Mei 1969.
SHAH ALAM, 30 NOV: Wakil rakyat Bukit Melawati mengucapkan tahniah buat Kerajaan Selangor kerana menjadi negeri pertama memperkenal program pemberian tuala wanita percuma.
KUALA LUMPUR, 30 NOV: Hujan lebat dan longkang tersumbat menyebabkan air melimpah kira-kira hampir satu meter (m) ke Lebuhraya Kajang SILK di laluan Putrajaya menghala Sungai Ramal Luar, Kajang kira-kira 5 petang tadi.
KUALA LANGAT, 30 NOV: Laluan khas untuk warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan ibu mengandung memudahkan golongan itu membeli barangan dalam Jelajah Ehsan Rakyat (JER) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang.
KUALA LUMPUR, 30 NOV: Bilangan negeri yang terkesan banjir kekal dua, dengan tiga daerah di Perak dan Selangor masih terjejas setakat 4 petang ini, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
KUALA LUMPUR, 30 NOV: Beberapa jalan utama di ibu kota dinaiki air susulan hujan lebat selama kira-kira sejam sejak pukul 3 petang tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.