KUALA TERENGGANU, 31 DIS: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa makan malam bersama dua badan bukan kerajaan (NGO) Terengganu di Restoran Terowong Pulau Kambing di sini malam tadi.
PUTRAJAYA, 31 DIS: Jenazah seorang pelancong Malaysia yang lemas di Bali, Indonesia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10.15 malam tadi.
KUALA LUMPUR, 31 DIS: Juara edisi 2008 dan 2018, Vietnam berkongsi mata dengan Singapura apabila terikat tanpa jaringan pada aksi Kumpulan B, Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi.
HANOI, 27 DIS: Malaysia mengalami kekalahan pertama dalam kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 selepas tewas 0-3 kepada Vietnam dalam perlawanan Kumpulan B penuh kontroversi di Stadium Nasional My Dinh, di sini, malam ini.
KUALA LUMPUR, 27 DIS: Situasi banjir di Perak, Kelantan dan Sarawak semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini berkurangan berbanding petang tadi.
PUTRAJAYA, 27 DIS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Kementerian Ekonomi sedang memperinci beberapa langkah penyelesaian pantas dalam menangani isu kos sara hidup termasuk pelan tindakan kerjasama rentas kementerian.
KOTA BHARU, 27 DIS: Sukarelawan Selangor (Serve) dan Pasukan Tindakan Segera (Pantas) akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan bagi melaksanakan misi bantuan pascabanjir di Kelantan, Januari depan.
KOTA BHARU, 27 DIS: Kerajaan Kelantan akan menggunakan dana RM500,000 sumbangan Kerajaan Selangor untuk membaik pulih rumah penduduk yang rosak akibat banjir.
SHAH ALAM, 27 DIS: Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan perlawanan bola sepak Piala AFF Mitsubishi Electric mulai malam ini hingga 16 Januari tahun depan.
KUALA LUMPUR, 27 DIS: Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin pulih dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan dan satu di Terengganu ditutup hari ini.
Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR SHAH ALAM, 27 DIS: KDEB Waste Management (KDEBWM) memberi jaminan bertindak konsisten dalam membuat pembersihan awam bagi mengelak risiko banjir. Pengarah urusannya berkata ia termasuk pembersihan longkang terutama bersaiz 1.5 meter ke bawah dan mengangkat sampah...
KUALA LUMPUR, 27 DIS: Syarikat penerbangan Batik Air, yang sebelum ini dikenali sebagai Malindo Air, hari ini menyuarakan rasa kesal dengan kelewatan pelepasan penerbangannya dari Lapangan Terbang Antarabagsa Kuala Lumpur (KLIA) Jumaat lepas, yang amat menyusahkan ramai penumpang.
Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR SHAH ALAM, 27 DIS: KDEB Waste Management (KDEBWM) menyediakan perkhidmatan bagi membantu penduduk melaksanakan program gotong-royong di Selangor. Pengarah urusannya berkata gotong-royong yang dijalankan biasanya berdasarkan kepada aktiviti atau program dianjurkan...
KUALA LUMPUR, 27 DIS: Orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan semula satu komen berbaur perkauman secara provokasi yang pernah tular menerusi Facebook beberapa bulan lepas, kerana ia boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian kaum.
Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR SHAH ALAM, 27 DIS: KDEB Waste Management (KDEBWM) membekalkan tong Roll On Roll Off (RORO) di kawasan memerlukan untuk kutipan sampah pukal pada musim perayaan. Pengarah urusannya berkata pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor...
SHAH ALAM, 26 DIS: Status pemulihan bekalan air melibatkan 472 kawasan di lima wilayah terjejas akibat henti tugas dua logi rawatan air (LRA) mencapai 98 peratus setakat 9 malam ini, menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).
KUALA LUMPUR, 26 DIS: Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Sabah malam ini mencatatkan penurunan, di Sarawak menyaksikan sedikit peningkatan manakala Terengganu serta Perak kekal seperti pada sebelah petang.
SEPANG, 26 DIS: Polis mengesahkan kehilangan seorang remaja perempuan dari Taman Salak Maju di sini, yang ditularkan menerusi aplikasi Whatsapp.
SHAH ALAM, 26 DIS: Proses pemulihan bekalan air melibatkan 472 kawasan di lima wilayah terjejas akibat henti tugas dua logi rawatab air (LRA) mencapai 95 peratus setakat 6 petang ini, menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).
SHAH ALAM, 26 DIS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan memulakan kerja baik pulih jalan raya yang rosak teruk di Kawasan Perindustrian Sungai Kapar Indah, Meru, Klang esok.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.