PUTRAJAYA, 11 FEB: Satu sindiket pelacuran didalangi seorang wanita warganegara Indonesia yang digelar sebagai “Mummy”, berjaya ditumpaskan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pada 9 Februari lepas.
Oleh DIANA ABD WAHAB SHAH ALAM, 11 FEB: Program jualan murah barangan asas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras menjadi medan saluran maklumat mengenai baucar Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kepada orang ramai. Ketua kampung Kampung Melayu Sungai Buloh mewakili Pusat Khidmat...
SHAH ALAM, 11 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Selangor sehingga 7 malam ini.
KUALA LUMPUR, 9 FEB: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$115.2 bilion (US$1=RM4.31) pada 31 Januari 2023, daripada US$114.9 bilion yang dicatatkan pada 13 Januari 2023.
PUTRAJAYA, 9 FEB: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diarahkan untuk melakukan siasatan segera ke atas syarikat operator van persiaran yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands dekat Bentong, Pahang, semalam.
KUALA SELANGOR, 9 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menyeru Kementerian Kesihatan (KKM) melihat keperluan fasiliti kesihatan negeri ini secara menyeluruh terutama melibatkan proses menunggu lama di hospital.
BANGKOK, 9 FEB: Seorang wanita warga Thailand antara yang terbunuh dalam bencana gempa bumi yang menggegarkan selatan Turkiye pada Isnin.
KLANG, 9 FEB: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyasarkan 1,000 peserta menyertai Kayuhan Menjunjung Kasih edisi ketiga bersama Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah pada 12 Mac ini.
KUALA LUMPUR, 9 FEB: Kadar bayaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi kru nelayan asing dikurangkan kepada RM320 seorang untuk sektor pertanian bagi tempoh enam bulan pertama berbanding RM1,850 seorang bagi sektor perkhidmatan untuk setahun sebelum ini.
Oleh AZIAN AZIZ AMPANG, 9 FEB: Program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) anjuran Kerajaan Negeri semalam membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan yang banyak berbelanja ketika menyambut Tahun Baharu Cina. Ibu kepada dua anak dari Rumah Pangsapuri (RP) Lembah Maju di sini, Wong Huey...
SEPANG, 9 FEB: Dua ekor anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Denti dan Frankie, menjadi sandaran misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di selatan Turkiye.
PUTRAJAYA, 8 FEB: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas bekas pembantu makmal Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad di Telok Datok, Banting atas pertuduhan membunuh ketua kerani kolej tersebut dengan menikam menggunakan pisau dan mencekik mangsa kerana dendam terhadap wanita itu pada 2018.
KUALA LUMPUR, 8 FEB: Kedutaan asing di negara ini tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sebarang bentuk pas kepada rakyat mereka untuk menetap di sini walaupun untuk sementara, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.
KUALA LUMPUR, 8 FEB: Pihak sekolah serta kontraktor pembersihan yang telah dilantik disaran mengambil tindakan mengawal pembiakan nyamuk di sekolah yang berisiko menyebabkan demam denggi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
SHAH ALAM, 8 FEB: Sebanyak 4,622 warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu layak menerima baucar Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bernilai RM150.
KUALA LUMPUR, 8 FEB: Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat akan dilaksanakan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang bermula 13 Februari.
KUALA LUMPUR, 8 FEB: Tiga lelaki warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pengurungan salah dan pemerasan wang RM25,000 membabitkan rakan senegara di Petaling Jaya, Ahad lepas.
SEPANG, 8 FEB: Kerajaan sedang berusaha membawa keluar 13 rakyat Malaysia yang masih terperangkap di beberapa wilayah yang terlibat dalam kejadian gempa bumi di selatan Turkiye, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.
KUALA LUMPUR, 7 FEB: Polis menahan tiga pelajar lelaki sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Bandar Sunway, Subang Jaya, dekat sini dan merampas dadah jenis ganja seberat hampir sekilogram dalam serbuan berasingan Sabtu lepas.
ANKARA, 7 FEB: Sekurang-kurangnya 2,921 orang terbunuh dan 15,834 lagi cedera akibat dua gempa bumi kuat yang menggegarkan bahagian selatan Türkiye, kata seorang pegawai agensi bencana negara pada awal Selasa.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.