PUTRAJAYA, 15 MEI: Hasil siasatan polis mendapati gambar tular di media sosial melibatkan keluarga yang didakwa tidak mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan isteri membawa anak-anak melawat suami bertugas di sekatan jalan raya (SJR) adalah anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya yang bertugas dan tinggal di daerah ini bersama keluarga dan anak.
SHAH ALAM, 15 MEI: Golongan berusia 20 hingga 40 tahun dikesan sebagai ‘pembawa senyap’ virus Covid-19 di negeri ini kerana tidak mengalami sebarang simptom.
KUALA LUMPUR, 15 MEI: Kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas menunjukkan sedikit peningkatan apabila 4,140 kes direkodkan hari ini berbanding 4,113 kes semalam menjadikan jumlah kes positif keseluruhan kini 466,330.
SHAH ALAM, 15 MEI: Polis menyiasat enam anggota serta seorang bekas pegawai kanannya berhubung pelanggaran tatacara operasi piawaian (SOP) sambutan Aidilfitri kelmarin.
SHAH ALAM, 15 MEI: Sebanyak 122 kompaun mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan semalam, pada hari kedua sambutan Aidilfitri.
SHAH ALAM, 15 MEI: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyantuni enam keluarga mangsa banjir di Sepang semalam.
SHAH ALAM, 12 MEI: Lima daerah di Selangor hari ini merekodkan tiga angka kes jangkitan baharu Covid-19.
KUALA LUMPUR, 12 MEI: Terbuka Singapura yang merupakan kejohanan kelayakan terakhir badminton ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah dibatalkan, hari ini.
SHAH ALAM, 12 MEI: Dato' Menteri Besar mengajak seluruh umat Islam khususnya warga Selangor untuk sama-sama menyambut Aidilfitri dengan semangat memerangi Covid-19.
KUALA LUMPUR, 12 MEI: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang perlu sekali lagi disambut dengan norma baharu adalah untuk kebaikan dan masa depan bersama dalam usaha memerangi pandemik Covid-19.
SHAH ALAM, 12 MEI: Terdapat lima kluster baharu Covid-19 dikesan di Selangor hari ini membabitkan kluster tempat kerja.
KUALA LUMPUR, 12 MEI: Jumlah kematian Covid-19 di Malaysia hari ini mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 39 orang manakala kes baharu Covid-19 juga terus meningkat kepada 4,765 kes berbanding 3,973 kes semalam.
KUALA LUMPUR, 12 MEI: Sebanyak 13 sekatan jalan raya akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya sempena Aidilfitri esok susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta larangan rentas daerah dan negeri.
SHAH ALAM, 12 MEI: Seramai 20 dan 50 jemaah dibenarkan bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri, Jumaat dan fardu lima waktu mengikut kapasiti maksimum masjid serta surau di Selangor.
SHAH ALAM, 12 MEI: Program Nutrisi Kanak-Kanak Selangor untuk keluarga berpendapatan rendah (B40) dijangka bermula pada Jun, kata EXCO kesejahteraan bandar.
KUALA LUMPUR, 12 MEI: Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 serta diesel, masing-masing kekal RM2.05, RM2.60 serta RM2.15 seliter bagi tempoh esok sehingga 19 Mei ini.
SHAH ALAM, 12 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menawarkan pembiayaan Geran Komuniti Petaling Jaya Mampan 3.0 dari RM5,000 hingga RM50,000.
AMPANG, 11 MEI: Sebanyak 293 kes positif Covid-19 dikesan daripada 6,429 sampel diambil di enam lokasi program Saringan Komuniti.
SHAH ALAM, 11 MEI: Hampir keseluruhan daripada 66 kes positif Covid-19 dikesan semalam melibatkan pesakit tanpa gejala, kata pengurus Klinik Selcare.
HULU LANGAT, 11 MEI: Pelaksanaan program saringan komuniti menyakinkan rakyat berhubung kemampuan Kerajaan Negeri mengurus peningkatan kes Covid-19.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.